Jom Mengendap Cenderahati Comel

27 Jun, 2011

Akulah Pencinta Itu 1




Aku tetap halakan pandangan ke hadapan walau terdengar namaku dipanggil beberapa kali. Pengajaran Cikgu Aishah sangat penting. Aku tak mahu ketinggalan.
"Tiya." Terdengar lagi suara itu memanggil. Panggilan itu tidak aku layani sekali lagi.
“Nur Athiyah.” Sekarang nama penuh aku pula yang dipanggil. Aku tahu mesti tahap kesabaran pemanggil semakin menipis. Tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku melayan kerenahnya.
Tiba-tiba aku melihat ada kertas putih di atas mejaku. Ini mesti nota dari sahabat disebelah. Segera aku membaca nota kecil itu.
Pukul 5 ptg ni kita jumpa tempat biasa. Aku ada benda nak tunjuk pada kau. :)
Aku tersenyum kecil melihat nota kecil pemberian sahabatku disebelah. Segera aku memandang wajah kacak disebelahku. Sengaja aku cebikkan muka kepadanya dan dia terus memberikan jelingan tajam sambil menghalakan pandangan kepada nota kecil ditanganku. Ya, dia sedang menunggu jawapan. Lantas aku coretkan jawapan di nota itu dan memberikan kepadanya semula.
Tiya: Kau nak tunjuk apa?
Adam : Adalah. Rahsia.
Tiya: Bagitahu je lah.
Adam: Rahsia mana boleh bagi tahu!!
Jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya. Bermain tarik tali pula.
Tiya: Dah.Aku malas nak layan kau!
Nota lipatan perbincangan bertulis kami aku letak kasar di atas mejanya sehingga menghasilkan bunyi ketukan yang kuat. Perhatian seluruh kelas mula tertumpu kepadaku. Aku hanya mampu berdiam apabila Cikgu Aishah mula memberikan soalan kepadaku.
“Atiya pada tahun bilakah Tanah Melayu dijajah Jepun?"
Cikgu Aishah mengulang dua kali soalan yang sama kepadaku. Jelas kelihatan riak wajahnya yang marah.
Sekali lagi jelingan tajam aku berikan kepada Adam. Melihat keadaanku yang masam mencuka, dia lantas menunjuk tanda Peace dan menyebut perkataan Relax tanpa suara kepadaku. Jika tidak memikirkan aku di dalam kelas sekarang ini, mahu sahaja aku pelangkungi si Adam ini. Sakit hati aku dibuatnya.

*****             
Dari jauh aku sudah nampak kelibat Adam. Ditangannya  kelihatan beg kertas besar berwarna merah. Pasti benda ini yang disebut semasa di kelas pagi tadi. Pada mulanya aku tidak mahu mengikut ajakannya. Masih terasa jelas peristiwa dimarah  Cikgu Aisah  kerana tidak memberi tumpuan di dalam kelas tadi. Tapi dengan kesungguhan Adam yang membuatkan nota ringkas Bab 1 subjek Sejarah telah berjaya meredakan marahku kerana nota itu sekaligus dapat menjawab soalan Cikgu Aisah pagi tadi.
Ditekankan beberapa kali kepadaku bahawa Jepun menjajah Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 Ogos 1945. Lebih menarik, makanku semasa dikantin pagi tadi turut ditaja khas olehnya. Mana mungkin aku mahu merajuk lama-lama.
"Sorry lambat. Teman Ibu pergi beli barang sikit tadi. Dah lama sampai?” Adam mengambil tempat di sebelahku. Dia mengambil sapu tangann dari kocek seluar belakang dan dilap lembut peluh yang mula terbit di dahi.
"Tak lah lambat sangat. Tapi sempat lah aku habiskan air ni." Aku tunjukkan botol air twister yang sudah kosong kepada Adam.
"Macam tu lebih kurang  10 minit saja lah aku lambat. Fuh selamat!" Tahu sahaja dia yang aku boleh menghabiskan air kegemaranku ini dengan pantas.
"Tak ada maknanya nak selamat. Lepas ni kena belanja burger pulak. Denda." Aku tayangkan muka garang kepada Adam. Macam lah Adam takut, ketawa besar adalah.
"Baik lah intan payung. Anyhting for you
"Barang apa yang kau nak tunjuk pada aku?” Aku tanya Adam apabila sedar yang kami sudah banyak sangat merepek.
Tanpa menunggu lama Adam terus mengeluarkan buku dari beg kertas yang dibawanya tadi dan dihulurkan kepadaku. Aku berfikir sejenak. Rasanya aku tidak pernah meminta sebarang buku daripadanya.
"Nah. Hari tu kau kata nak belajar menjahit kan, sebab nak rasa pakai baju kurung buatan sendiri. So, aku carikan buku ni. Aku rasa contents buku ni okay. Cuba kau tengok." Aku terpempan. Tak sangka perbualan kami semasa melintas di butik Seri Iman tempoh hari di ambil serius oleh Adam.
"Tapi bukan itu saja yang aku nak bagi pada kau. Aku beri kau bahan eksperimen sekali untuk kau jayakan projek baju kurung kau nanti." Kini aku melihat pula perlakuan Adam yang  mengeluarkan kain pasang berwarna merah jambu.
"Pink? Aku memandang Adam bagi meminta penjelasan. Aku tahu Adam tidak gemar dengan warna ini.
"Kenapa? Pelik? Aku belikan khas untuk kau. Kau kan suka colour pink. Kalau ikutkan aku nak beli warna hitam saja." Adam ketawa kecil.  
"Ingat jahit betul-betul. Aku nak tengok kau pakai bila dah siap baju kurung ni nanti." Adam besarkan mata kepadaku.
Aku pegang kain pemberian Adam. Lembut. Kemudian  aku selak perlahan halaman buku jahitan pemberiannya. Isi kandungannya mudah difahami. Aku jeling Adam disebelah. Dia ni memang sentiasa berjaya membuatkan aku tersenyum bahagia.
"Kenapa senyum sorang-sorang ni. Anda sakit mental ke?
"Kalau sakit mental pun kenapa?” Sengaja aku mahu menyakatnya.
"Aku kena call Hospital Bahagia sekarang. Masalah ini tak boleh dibiarkan." Jelas nada suara Adam yang serius tapi aku tahu dia sedang bergurau.


“Banyak lah kau. Aku yang sihat walafiat ini nak dihantar ke Hospital Bahagia pulak.” Adam terus ketawa dengan ucapanku. Aku benar-benar bahagia apabila dia ketawa ceria. Semakin terserlah wajahnya yang tampan itu. Adam kau lah sahabatku yang paling baik, tampan dan memahami. Hal ini hanya boleh diucapkan di dalam hati sahaja sebab kalau aku cakap pada dia, dia akan terlebih perasan sendiri pula. Macam orang cakap, ‘masuk bakul angkat sendiri.’