Jom Mengendap Cenderahati Comel

27 November, 2011

Akulah Pencinta Itu 2


Buku teks Kemahiran Hidup aku tutup perlahan. Tamatlah sudah sesi mengulangkaji pelajaran untuk jam pertama ini. Jam dimeja menunjukkan jam 9.00 malam. Masa untuk makan! Walaupun aku tahu makan malam selepas jam 6 petang tidak di sesuai untuk diet seimbang tapi ini sudah menjadi kebiasaan padaku. Sukar untuk aku tinggalkan tabiat ini terutamaya jika aku mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perutku akan menyanyikan lagu rock kapak jika aku tidak  makan malam.
Aku senyum pada ibu yang duduk dimeja makan sambil menuangkan air sirap ke dalam cawan. Itulah rutinnya setiap hari, setia menemaniku menikmati hidangan.
"Ayah tak makan sekali? " Aku menyapa ibu apabila kehadiran ayah tiada di ruangan makan.  Aku lihat di ruang tamu juga tiada ayah di situ.
"Ayah makan dekat luar, kebetulan jumpa kawan lama dia masa di surau tadi." aku hanya menganguk sambil tangan menyeduk ayam masak cili padi ke pingganku.
"Nah makan sayur ni banyak-banyak. Baik untuk kesihatan.” Aku pandang lemah apabila ibu meletakkan sayur sawi di dalam pingganku.
"Dah tak payah buat muka tak ada selera tu. Suruh makan sayur saja pun dah macam orang kena tinggal pakwe." Ibu mengomel dengan mula tidak puas hatiku.
Masakan aku tak membuat muka. Ibu tahu aku tidak mengemari sayur-sayuran hijau tapi tetap dipaksa aku menerimanya. Huh sangat tak suka!
"Apa kata ibu yang wakilkan makan sayur untuk Tiya. Makan sayur kan baik untuk kesihatan." Laju sahaja tangan ku ingin meletakkan sayurku ke pinggan ibu. Tapi lagi pantas tanganku di jentik ibu. “Auch..” Sakitnya tuhan saja yang tahu. Perit.
"Hai makan saja lah. Bukan mati pun makan sayur, lagi sihat adalah. Macam-macam perangai lah budak ini." Aku sekali lagi cuba membuat muka kesian tapi ibu memberikan pula jelingan kepadaku.
"Ya lah Tiya makan" Terseksanya aku rasakan nak habiskan makan malam hari ini.
"Ibu nampak ada kain warna merah jambu dekat almari Tiya masa masukkan baju pagi tadi. Ibu tak pernah nampak pun? Ibu rasa tak pernah belikan kain macam tu." Ibu kata sambil tangan menuangkan air lagi ke cawanku.
Aku segera teringat hadiah dari Adam. Mesti kain pasang pemberian Adam itu yang ibu maksudkan. Terlupa pula aku mahu memberitahu Ibu perihal kain itu.
"Kain tu Adam yang beri , dia kata untuk eksperimen pertama Tiya buat baju kurung"
"Tiya nak buat baju kurung sendiri ke? kenapa tak beritahu Ibu? ibu boleh tolong ajarkan." Ibu aku memang pandai menjahit aku sendiri juga. Tapi entah mengapa aku tak pernah suarakan niat aku kepadanya. Mungkin kerana selalu terlupa.
"Dah lama teringin tapi asyik terlupa saja ibu, hari tu masa jalan dekat Jalan Tun Abdul Rahman nampak baju cantik-cantik, itu yang cakap teringin nak buat baju kurung sendiri. Tiya tak sangka pula Adam belikan kain dengan buku jahitan untuk Tiya.” Aku terus meratah ayam dengan berselera. Kemudian aku mengambil air pula kerana kepedasan yang sudah mula terasa.
"Adam tu ingat mesti ingat semua benda yang Tiya cakap kan. Adam pun dah lama tak datang sini. Dulu dia selalu datang study dengan Tiya. Adam macam mana sekarang?
"Dah baik sikit lah nampaknya, daripada dulu macam duduk dalam alam sendiri saja." Aku sememangnya sentiasa mendoakan kesejahteraan Adam.
"Tiya pun kena selalu ada di sisi dia. Kuatkan semangat dia. Itulah sifat sahabat sejati"
"Insya'allah ibu."
****
Setelah 30 minit aku merehatkan diri dengan makan malam dan berbual ringgan dengan ibu, aku lanjutkan kembali ulangkaji kepada matapelajaran Matematik pula. Matapelajaran ini sangat lemah untuk aku kuasai. Selalu Adam lah yang akan menjadi sifu ku. Aku tersenyum nipis bila lemparan buku latihanku sampai di muka surat 98. Origami burung dari kertas berwarna hijau lembut aku tatap dengan penuh minat. Ini pemberiam Adam semasa dia mengajar aku petang semalam. Segera ingatan semalam menjelma kembali.
“Nah.” Terpelanting pensil yang aku pegang bila ketekunanku tergangu.
“Apa ni? Walau aku tahu itu origami burung, tapi aku pelik kenapa tiba-tiba dia memberikan origami kepadaku. “Ini burung, comel kan dia terbang-terbang riang” Adam ketawa sambil menerbangkan burung origaminya itu. Tak ubah seperti kanak-kanak riang.
“Nama burung ini apa?”
Double A” Pantas sahaja dia menjawab.
“Itu kan nama kertas buat origami ni. Ish.. kau ni aku tanya lain jawab lain.
“Betul lah. Nama dia Double A, stand for Adam and Athiyah. Aku buat khas untuk kau.” Adam berik origami yang dia bentuk kepadaku. Aku terima origami Adam dengan senang hati.
Sungguh kemas lipatan yang di buat. Telek punya telek aku perasan ada sebaris ayat di belakang lipatan origami.
“Kita Berdua” aku angkat kening tanda pelik. “Apa maksud kita berdua ni?” Aku pandang Adam lama
“Kita berdualah” Dia jawab bersahaja.
“Adam jangan lah main-main”
“Kita berdua. Double A. Adam dan Athiyah selamanya.” Adam ada sahaja jawapannya.
“Kalau macam tu, aku pun kena buat satu untuk kau. Tolong ajarkan aku buat boleh?” Adam mengangguk tanda setuju mengajar aku membuat origami.
Aku keluarkan kertas merah jambu sebagai hadiah origami untuknya dan kertas putih sebagai bahan pengajarannya.
“Kenapa warna pink pula. Kau kan tahu aku tak suka.” Baru sahaja dia mahu mengambil kertas warna merah jambu itu, aku segera menyorokkan dibelakangku.
“Biar lah. Kau kena suka apa yang aku suka.”
“Tak adil. Tak naklah ajar kau macam ni.” Adam sudah menunjukkan muka masam
“Kalau kau tak nak ajar, aku merajuk.” Aku sengaja membuat muka kepadanya. Aku tahu dia akan kalah dengan kehendakku. Adam kelihatan semakin mencuka pula. Semakin lucu bila dia menarik muncung panjang.
“Patutnya aku yang merajuk tapi sekarang dah terbalik pula. Cepatlah aku ajarkan.” Seperti yang aku jangka dia pasti kalah dengan kemahuanku.
Ternyata Adam memang seorang pengajar yang berbakat. Tidak sampai sepuluh minit aku sudah berjaya menghasilkan satu origami berbentuk burung. Tersenyum lebar aku lihat hasil usahaku. Segera aku tulis perkataan “Kita berdua” di belakang lipatan, Seperti origami yang diberikan kepadaku tadi, aku tambahkan juga nama burung origami kami “Double A”.
“Kau kene jaga origami ini macam kau jaga aku tau.” Aku serahkan origami hasil tanganku kepadanya. 
Walau muka Adam masih masam semasa menerima origami burung berwarna merah jambu dari tanganku  dia tetap menjawab “Okay”.
Aku ketawa besar dengan perangai pak turutnya itu. So sweet lah kau Adam!