Dear sayang-sayang saya,
Semua karya saya terutamanya Akulah Pencinta Itu (API) akan saya postkan semula secara berperingkat. Buat masa ini semua karya di dalam blog saya tukar status kepada 'draf'. So, you all tak dapat baca lah.
Saya tak buat penambahan pun, hanya buat pembaikan dari segi ejaan dan tatabahasa. Masa buat cerita API ini masa mentah sangat-sangat, masih belajar dekat Uni lagi, lepas tu tak double check pun. Sekarang bila baca balik malu pulak rasa sebab banyak sangat error.
So, nanti saya update bila dah repost semula ya. Sudikanlah baca API yang dah berlapuk tu.
Da...
23 Ogos, 2014
21 Februari, 2012
Epal Cinta Untuk Puteri
“Bahagiakan
hidup kalau sentiasa manis macam epal ni.”
Aishah
berhenti mengunyah.
“Bahagia
hidup kau akan manis macam epal ni kalau hidup kau tak penuh dengan dendam.”
Aishah berkata sambil memandang mata bening Puteri. Matanya masih ternampak
bayang dendam.
“Aku
tak kan berdendam kalau tak ada orang yang zalimi aku.” Puteri berkata tegas
sambil melihat siaran TV3.
“
Kita manusia biasa tak sempurna, tak akan terlepas dari buat kesilapan. Hanya
Nabi dan Rasul sahaja yang sempurna.”
Puteri
terdiam. Dia telan liur. Terasa kelat.
“Nabi
pun maafkan umat, inikan kita manusia biasa.” Aishah menyambung kata lagi.
“Tapi
aku bukan Nabi yang ada hati mulia seperti itu. Aku manusia yang tak boleh lupa
kejahatan orang kepada aku.” Segera sahaja Puteri menjawab. Pandangan berapi diberikan.
“Memang
hati kita tak mulia seperti Baginda tapi tak salah kalau kita cuba contohi
sifatnya. Sifat Rasulullah yang terpuji tak salah untuk kita ikuti.” Aishah
berkata perlahan. Buah epal yang masih berbaki di letakkan di atas meja.
“Dendam
ini hanya jadi penyakit hati kepada manusia. Buanglah perasaan tu. Kau pasti
akan rasa bahagia macam makan epal ni juga.” Aishah ambil satu lagi epal didalam
raga dan dihulurkan kepada Puteri.
Puteri
mengeluh berat. Epal itu di biarkan tak bersambut. “Aku tak suka makan epal.”
“
Sebab?”
“Epal
buah kegeramaran lelaki tu.” Puteri jawab keras. Remote dicapai dan dimatikan terus siaran televisyen. Mood untuk
menonton telah hilang.
“Lelaki itu ada nama Puteri.” Aisah
mengelengkan kepala.Perempuan ini hatinya sekeras kerikil.
“Memang.
Tapi nama dia tak layak langsung untuk aku sebut.” Puteri terus bangun dari
duduk. Setiap kali perihal epal dan lelaki itu dibangkitkan, hatinya pasti
sakit!
+++++
“Puteri.” Puteri tetap teruskan
langkah. Malah rentak kakinya turut dilajukan.
“Puteri.” Kali ini terasa tangannya
di sambar lembut.
“Lepaskan.” Puteri matikan langkah
dan matanya merenung lelaki itu tajam.
“Saya tak akan lepaskan selagi
Puteri tak maafkan saya.” Haris terus memegang tangan Puteri. Bersusah payah
dia mencari gadis ini. Tak akan dilepaskan dengan mudah kali ini.
“Kau rasa layak ke untuk di
maafkan?” Puteri bertanya dengan pandangan yang semakin menikam. Haris terdiam.
Tahu salahnya memang terlalu besar.
“Kalau kau sendiri tak dapat jawab,
jangan pernah minta aku maafkan kau.” Tangannya yang masih dalam pegangan Haris
ditarik kasar.
Langkah
diteruskan menghampiri kereta. Tak sangka pertemuan yang Aishah katakan pagi
tadi hanya untuk menambah lukanya yang masih berdarah. Sungguh tak sangka dia
di pertemukan dengan lelaki durjana ini.
“Puteri kita perlu berbincang.
Berikan saya peluang untuk tebus dosa saya yang lalu.” Haris menjerit dan
berlari mengejar langkah Puteri.
“Dosa kau pada aku terlalu besar dan
tak akan boleh ditebus langsung. Kau dah musnahkan hidup aku sampai aku hilang
segalanya. Tak mungkin aku dapat maafkan kau Haris!” Puteri menjerit kuat.
Marahnya sudah berada di tahap kemuncak.
“Memang salah saya. Tapi sekarang
saya dah sedar. Tolonglah maafkan saya.”
Melihat Puteri yang ingin membuka pintu kereta dia terus menyandarkan
diri dipintu tersebut. Di pandang wajah gadis yang semakin berapi itu.
“Salah kau terlalu banyak. Disebabkan
kau, aku hilang maruah, aku hilang keluarga dan aku hilang diri aku sendiri.
Aku dah tak boleh teruskana hidup macam biasa. Kau buat hidup aku macam
sampah.” Puteri mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir.
Haris mendiamkan diri dengan semua
amarah Puteri kerana dia tahu salahnya memang banyak.
“Kenapa kau buat aku macam tu?” Puteri
bertanya lelaki yang telah menjahanamkan dirinya. Selama ini dia sering
tertanya mengapa dirinya dulu diperlaku seperti binatang.
“Saya minta maaf. Semua ni memang
salah saya. Saya rasa tercabar bila Puteri selalu buat saya macam terlalu
tergila-gilakan Puteri. Setiap kali saya tegur Puteri, Puteri akan senyum
seperti dipaksa sahaja dan tak pernah nak layan perlawaan saya.” Haris menyelak
rambutnya kasar bagi menutup gugup. Pekung yang tersimpan di dadanya selama ini
perlu di rungkai.
“Malam itu saya tipu Aishah, saya
kata awak perlu datang discussion.
Saya suruh dia sampaikan berita discussion
kita yang perlu di buat di dewan. Sepanjang perjalanan, saya ikut awak dari
belakang. Malam itu saya terlalu ikutkan hati sampai cederakan awak untuk bawak
awak masuk hotel. Masa tu saya hanya nak tunjukkan yang saya mampu miliki awak
walaupun awak terlalu sombong dan bongkak terhadap saya.” Haris menarik nafas
berat apabila sedu Puteri mula kedegaraan. Pasti peristiwa malam lima tahun
lalu terimbau kembali.
“Lepas malam tu, awak langsung tak
nak tengok muka saya. Kalau sebelum itu senyum nipis pun awak boleh hulurkan. Tapi
lepas kejadiam malam tu, pandang muka saya pun awak tak sudi. Walaupun hati
saya puas tapi ia sebenarnya pedih bila reaksi yang awak beri tak sama dengan
apa yang saya harapkan. Saya harap awak akan merayu-rayu minta saya
bertanggungjawab tapi awak diam saja macam tak ada apa-apa yang berlaku sampailah
dua bulan lepas kejadian tu. ” Haris pandang kenderaan yang lalu lalang.
Hatinya juga celaru seperti lalu lintas didepannya ini.
“Dua bulan lepas tu, aku datang pada
kau. Aku kata yang aku mengandungkan zuriat yang kau cambahkan tanpa rela. Tapi
kau kata itu bukan anak kau. Kau tinggalkan aku dalam hujan lebat seorang diri.
Bersusah payah aku datang nak jumpa kau dengan bawa diri yang tak berdaya
mengandungkan zuriat kau tapi kau buat aku macam sampah.” Puteri kesat air mata
yang masih tak mahu berhenti dari tadi. Puas dikesat dan ditahan tapi air
matanya tetap mengalir seperti lukanya yang tetap berdarah sehingga hari ini.
“Balik rumah, Mama tahu pasal
kandungan aku. Dia menanggis tanpa tanpa henti. Ayah pula tiba-tiba rebah sebab
anak perempuan tunggal dia tak pandai menjaga diri. Ayah aku meninggal dalam
keadaan marah. Mama pula terus menyalahkan aku tanpa henti sebab aku sudah
menconteng arang pada mereka. Aku hilang arah. Tak ada siapa sudi kutip aku
yang kotor ni. Aku menanggung beban di atas dosa orang lain” Haris meraup
rambutnya kasar dengan kata wanita di hadapannya itu. Salah dia terlalu besar, menyebabkan
hidup Puteri musnah.
“Aku teruskan hidup dengan penuh
penderitaan. Orang mengeji perut memboyot tanpa kehadiran seorang bapa. Mujur
ada Aishah yang sudi membantu selama enam bulan kandungan aku bernyawa.” Suara
Puteri semakin bergetar. Hatinya terasa mahu meletup menanggung bebanan
perasaan yang terlalu berat.
“Bila
aku terjatuh semasa ambil air sembahyang, hati aku bagaikan sudah terhempas
berderai. Zuriat yang dikandung pergi dikala aku sudah rasa tendangannya, dikala
aku sudah rasa denyut nadinya dan dikala aku sudah berani hidup sebagai ibu
tunggal. Hidup aku kelam. Aku hilang maruah, keluarga dan anak sekaligus
semuanya disebabkan kau Haris. Nama kau sungguh indah, pelindung. Tapi nama itu
yang memusnahkan hidup aku ini.” Puteri pandang Haris yang mendiamkan diri
sejak tadi. Biarlah lelaki ini tahu peritnya dia menanggung derita akibat
perbuatan lelaki ini. Perbuatan syaitan lelaki ini telah menghancur lumatkan
hatinya.
“Kau rasa kau layak ke untuk dimaafkan?”
Puteri tersenyum sinis dalam sendu bila lelaki itu mengelengkan kepala sebagai
jawapan pertanyaannya.
“Izinkan saya bertanggungjawab.”
Haris berkata tiba-tiba.
“Tak ada apa yang perlu ditanggungjawabkan.
Ia tak dapat kembalikan nikmat yang telah hilang.” Puteri ketawa mengejek.
“Please
Puteri. Saya tahu saya salah. Izinkan saya peristerikan awak.” Haris berkata
yakin. Dia cuba melawan pandangan berapi Puteri. Tapi ternyata api itu terlalu
marak untuk di padamkan.
“Aku tak perlukan semua tu. Kalau
lima tahun dulu kau sedar dengan kesilapankan tu mungkin aku masih boleh
terima. Tapi sekarang tak mungkin.
Lagipun anak kau dah tak ada.” Puteri tolak lelaki itu kuat dan terus membuka
pintu keretanya. Sememangnya masanya hari ini dibuang dengan sia-sia.
++++
Sampai
sahaja di rumah wajah Aishah terus dicari. Bilik wanita itu terus dimasuki
tanpa
salam.
“Kenapa
kau tipu aku?” Puteri bertanya kasar.
“Aku
tak tipu kau. Aku dah cakap kawan lama kita nak jumpa kau.” Aishah menjawab
tenang.
“Dia
bukan kawan lama aku. Dia pemusnah hidup aku.” Puteri membentak kasar.
“Aku
tahu kau pernah terluka. Malah aku akui yang silap Haris cukup besar dan tak
mudah untuk dimaafkan dalam sekelip mata. Tapi kalau kau masih simpan dendam tu
selamanya, hidup kau akan terseksa.” Aishah menarik Puteri duduk di katilnya.
“Hidup
aku dah cukup terseksa disebabkan dia. Sekarang dia datang menagih kata maaf
dan tanpa segan silu mahu aku jadi isterinya. Aku bukan wanita yang boleh ditolak
dan di ambil kembali sesuka hati.” Puteri berkata lemah sambil duduk di sebelah
kawannya itu. Sungguh dia tak faham dengan lelaki itu. Setelah dia sudah
berjaya mengharungi hidup yang penuh dengan kegelapan, mengapa lelaki itu
hadir.
“Aku
tahu kau wanita yang kuat Puteri, dulu masa kau balik dengan wajah yang kusut
masai, dalam menanggis kau masih boleh bangun teruskan hidup, Ayah kau
meninggal tapi kau tetap di sisi Mama kau, walau dicaci dengan penuh kehinaan.
Kau belai anak di dalam rahim kau setiap hari walau jelas bapanya telah dah
musnahkan hidup kau. Tapi sekarang hidup kau dah bertambah baik. Mama dah boleh
terima kau balik, kau dah berjaya habiskan ijazah yang tertangguh dan sudah
dapat kerja yang halal. Tak salah kau cuba kikis kenanganan dulu.” Aishah
memaut tubuh kecil Puteri yang mendiam.
“Aku
tak minta untuk kau terima dia. Tapi cuba untuk lupakan peristiwa dulu. Jangan
fikirkan lagi perkara dahulu. Macam itu baru kau boleh padamkan api marah kau
sedikit demi sedikit. Tak guna menyimpan dendam Puteri. Hanya memakan diri kau
sendiri.”
“Aku
tak boleh.” Puteri mengelengkan kepala laju. Tak mungkin untuk dia berbuat
demikian.
“Aku
yakin kau boleh. Kau solat, minta pada Allah beri kekuatan untuk kau lupakan
kisah dulu. Insya’Allah, Dia akan makbulkan doa kau. Doa kemaafan untuk
manusia. Besar pahalanya Puteri.” Aishah eratkan pelukan untuk Puteri. Jelas muka Puteri yang penuh dengan
segala kekusutan.
Malam
itu, Puteri dan Aishah habiskan masa bersama di dalam bilik. Mereka
bersama-sama membaca Yassin dan bersolat hajat. Semua doa yang di pohon adalah untuk
kebahagian Puteri. Kemaafan untuk lelaki yang bernama Haris.
Air
matanya mengalir deras sepanjang bacaan Yassin untuk arwah ayah dan anaknya.
Segala peristiwa lima tahun dahulu terimbau dihadapan matanya. Sungguh dia
rindukan mereka berdua.
“Aku
nak sambung dengan solat istikarah. Nak minta ketenangan dan petunjuk Allah.”
Puteri berkata lembut saat Aishah mengajaknya tidur.
“Buat
dengan hati yang ikhlas. Yakinlah Allah sentiasa ada untuk kita. Aku masuk
tidur dulu.” Aishah memeluk Puteri dan bangun dari duduknya. Dia pasti Puteri
pasti akan dapat hapuskan dendammya dulu.
Puteri berteleku. Benar kata Aishah,
bila dia memohon kepada Allah, hatinya kini mulai tenang. Air mata yang
mengalir sepanjang bacaan Yassin tadi seolah membawa bersama luka yang ada.
Hatinya seolah bersih dari sebarang luka. Benar, kemaafan adalah hadiah yang terindah.
Walaupun parut dendam itu masih ada, tapi dia sudah mecuba untuk memaafkan. Puteri
bangun dan dibetulkan kedudukakn telekung di tubuhnya. Ini solat sunatnya yang
terakhir untuk malam ini.
+++++
Daripada
jauh sudah terlihat kelibat manusia yang duduk bersila di hadapan pusara arwah anaknya.
Dia kenal tubuh itu. Bapa kepada anaknya. Diperhatikan sahaja lelaki itu dari
jauh. Bahu lelaki itu terhinjut-hinjut dengan bacaan Yassin yang
tersekat-sekat. Habis bacaan Yassin lelaki itu membatukan diri lama.
“Kalau
Ayah berfikir panjang waktu dulu, pasti kita semua dah hidup bahagia. Ada orang
beritahu, anak Ayah ni lelaki. Pasti wajah anak Ayah kacak macam Ayah juga.” Puteri
tersenyum duka mendengar keluhan lelaki itu.
“Ayah
sememangnya lelaki paling bodoh yang abaikan kurniaan tuhan. Maafkan Ayah
sayang. Ayah terlalu berdosa kepada Ibu dan kamu.” Air mata Haris tumpah lagi.
“Kami
dah maafkan awak.”
Haris
terus sahaja mencari suara Puteri yang menjengah ke telinganya. Wanita itu
berdiri tegak di belakangnya. Raut wajahnya tenang.
“Tak
guna simpan dendam. Hanya membuatkan hati kita resah dan bercelaru. Saya dah
maafkan awak.” Puteri mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Nisan arwah anaknya
di usap lembut. Anak tenanglah engkau disana.
+++++
“Abang. Banyak ruang kan. Kenapa
sibuk nak baring dekat sini juga?” Puteri mengomel tapi tanganya tidak pula menolak
kepala yang singgah diribanya.
“ Saja nak manja-manja dengan Sayang.
Nak?” Haris tunjukkan epal yang sudah digigit sedikit. Isterinya itu mengeleng.
Tak sangka lamarannya semasa
dipusara arwah anaknya dulu diterima. Tak tahu apa yang menyebabkan wanita itu
bersetuju tapi dialah lelaki yang paling bahagia ketika itu. Mereka bernikah
dalam suasana yang sederhana sahaja di atas permintaan isterinya itu. Walau pada
mulanya Mama Puteri menerimanya dengan layanan yang kurang mesra dan penuh
dengan kata sindiran tapi dia tahu yang Mama Puteri mahu dia sedar dengan
kesilapan lalu.
“Kenapa Abang suka makan epal?”
Puteri megusap lembut anak rambut suaminya. Sudah sedikit panjang.
“Epal ni banyak manfaatnya. Boleh dijadikan
diet seimbang dalam kehidupan.” Haris mengigit lagi epal di tangannya.
“Contohnya?” Puteri bertanya.
“Epal merah ni buahan serat yang
mengandungi banyak air. Epal boleh menstabilkan tekanan darah, kurangkan
kolestrol dalam darah dan membantu menghalang karies gigi.” Di akhir kata Haris
menayangkan gigi putih kepada isterinya. Tergelak kecil Puteri dengan aksi
manja suaminya. Ada sahaja lawaknya.
“Gaya abang bercakap dah macam
doktor. Tak ada rupa macam pegawai bank.” Haris ketawa dengan ulasan isterinya.
“Abang tahu ini semua, sebab
sayang.” Haris memandang isterinya dengan penuh kasih.
“ Saya? Kenapa pula? Tak ada kaitan
lah.” Puteri mengangkat kening.
“ Sebab, dulu Abang tengok Sayang
sentiasa berkepit dengan buku. Puteri lebih suka baca buku dari layan Abang.
Dari situ minat untuk membaca pun timbul.” Puteri terdiam. Tak sangka begitu
sekali suaminya memerhatikan dia .
“Sebenarnya ada satu kisah epal yang
sama dengan Sayang. Bila abang baca kisah ini, baru abang tahu Sayanglah epal
abang.” Haris mengambil jejari Puteri dan dikucupnya lembut.
“Puteri ni epal Abang?” Puteri
ketawa kecil tapi Haris menganggukkan kepala dengan soalan isterinya.
“Epal
yang macam mana?” Dia bertanya lagi kepada suaminya.
“Wanita itu ibarat sebiji epal. Epal
yang tidak baik teramat mudah untuk dipetik dan dinikmati. Malah kadang kala
epal itu boleh dikutip di atas tanah sahaja. Tapi epal yang baik dan
berkualiti, tak mampu dipetik dan disentuh dengan sesuka hati kerana ia berada
di puncak yang tinggi. Epal baik itu sebenarnya ditakdirkan Allah berada di
sana khusus untuk lelaki yang layak dan berani sahaja. Mereka yang benar-benar
berani dan beriman sahaja yang akan berjaya memetik epal di puncak. Maka
yakinlah seandainya ia tidak dipetik di dunia ini, mugkin jodoh menantinya di
syurga nanti.” Haris pandang Puteri yang mendiam. Tanganya pantas menyeka air
mata dari terus membahasi pipi mulus isterinya.
“Lepas
Abang baca ayat ini, baru Abang tersedar. Abanglah lelaki yang paling pengecut
kerana mengambil epal terbaik dalam hidup ini dengan cara yang paling keji.
Abang jadi faham kenapa Sayang tak pernah nak melayan Abang dengan mesra.
Sayang buat macam tu sebab mahu jaga kemuliaan diri sebagai seorang wanita.
Sayang tak mahu bercakap dengan lelaki sebab mahu bermesra dengan suami sahaja.
Puteri tak bertepuk tampar dengan lelaki lain sebab mahu bermanja dengan suami
sahaja.” Mendengar sedu isterinya Haris terus bangun dari baringnya dan dipeluk
isterinya erat.
“Syukur,
Abang masih berpeluang dapat epal cinta kesayangan Abang ini. Kali ini Abang
tak akan persiakan Sayang. Abang nak jadi Imam dan Ayah yang terbaik untuk
keluarga kita.” Puteri hanya mengangguk dalam pelukan suaminya. Sungguh dia
hilang kata-kata dengan kata jujur suaminya hari ini.
Ternyata
keputusannya menerima lelaki ini dalam hidupnya tidak silap. Masih dia ingat
doa dalam solat istikarah yang dibuat dua tahun lepas. Dia mahukan ketenangan
dalam hidp dan melupakan kisah lalu. Dia juga sempat berdoa semoga dapat
berjumpa dengan orang yang boleh menerima dirinya seadanya.
Hatinya
benar-benar tersentuh melihat Haris yang menanggis keinsafan. Lantas sahaja dia
mengangguk perlahan pabila lelaki itu sekali lagi menyuntingnya sebagai seorang
isteri. Tapi yang pasti, dia terima lelaki itu bukan kerana cinta. Kuasa Tuhan
sungguh tiada tangdingnya, daripada benci kini suaminya ini antara orang yang
dicintai. Syukur Alhamdulillah.
“Terima
kasih sudi maafkan dan terima Abang dalam hidup ini.” Haris merungkaikan
pelukan. Dipandang wajah isterinya yang sudah tersenyum.
“Kasih
diterima.” Puteri menjawab ikhlas.
“Nah.
Epal cinta untuk Puteri.” Haris hulurkan epal yang enak dimakannya tadi.
Isterinya mengambil epal itu dan digigit sedikit di atas kesan gigitan
suaminya. Kemudian bibirnya singgah ke pipi kanan suaminya. Tersenyum senang
lelaki itu dengan hadiah yang diterima.
Sunnah
Rasulullah, suami isteri elok berkongsi makanan bagi mengeratkan hubungan yang
terjalin. Semoga hubungannya ini akan berada di landasan yang di redhai Allah.
Kandungan yang sudah berusia lima bulan di usapnya lembut. Semoga bayi ini akan
menjadi muslimat bertaqwa yang akan membanggakan dirinya dan Haris.
02 Februari, 2012
Cubalah Untuk Setia!
Gadis
ini memang cantik. Kulit putih melepak, mata galak memandang, bibir merah
mempesona. Apabila tersenyum terserlah lekuk kecil di pipinya. Serasa ingin
dicubit lesung pipit itu. Tapi… sayang, seribu kali sayang. Kekasihnya sedang
sibuk mengulit di sebelah si jelita. Jika tiada kekasih hatinya itu sudah lama
dia mendekat. Gadis ini memang unik. Sekali pandang terus dia jatuh cinta, dan
bila berkali-kali di pandang semakin dia tergolek. Siapakah gadis ini?
“Awak
tengok apa tu Azim?” Syakila sedar sejak tadi bola mata Hazim asyik merenung ke
arah belakangnya. Segera dia menoleh. Tiada apa yang menarik. Meja di belakang
mereka juga kosong.
“Tak
ada apa. Tadi saya tengok orang kat belakang awak tu macam kawan saya. Tapi dia
dah pergi pula.” Masakan dia mahu berterus terang. Ini rahsia dunia.
“Patut
lah tenung macam nak tembus dinding.”
“Takut
salah orang.” Kalau lah Syakila tahu yang dirinya sibuk menikmati kejelitaan
ciptaan Tuhan, pasti bakal terjadi perang teluk di restoran ini juga. Wanita
ini cemburu buta.
“Kita
makan cepat sikit ya. Lepas ni saya nak pergi site.” Hazim melajukan suapannya selaju fikirannya yang menerawang
memikirkan wajah jelita tadi.
++++++
“Auch!”
Riana mengosok bahunya yang terlangar tembok bangunan restoran. Itulah sibuk
mengendap orang.
“Ria..
Ria.. Jalan mata pandang dekat mana?” Bukan Khairil tak nampak Riana jalan
menghala ke tembok batu tadi, ingin di capai tangan Riana dari melanggar tembok batu itu tapi gerak kaki
kekasihnya itu terlalu pantas dan tak sempat untuk dihalang.
“Sini..”
di usap perlahan bahu Riana. Kasihan pula bila melihat muka itu memerah menahan
sakit.
“Ria
tengok apa tadi? Sampai nak teleng kepala. Tertoleh-toleh kepala tengok
belakang.”
Riana
tersenyum sumbing. Salahnya sendiri. Matanya sibuk mengkaji wajah kacak berbaju
biru laut tadi. Memang handsome mamat
tu. “Eh… Ria perasan tadi macam ada bekas cousemate
University dulu. Nak pastikan saja, tak sedar pula sampai dah bertembung
dengan tembok.”
“Dah
tu, kenapa tak tegur?” Khairil memimpin kejap tangan kekasihnya semasa melintas
jalan. Kekasihnya ini cuai sedikit.
“Takut
salah orang.” Kalau dia pergi tegur jejaka kacak itu, alamat menanggislah
kekasihnya ini. Meraung tak berlagu.
“Aik…
sejak bila pandai takut ni? Selalu okey
saja.” Setahunya kekasihnya itu seorang yang peramah. Tiba-tiba bertukar
karakter jadi pemalu. Hairan.
“Entah…
Petang nanti teman Ria pergi Jakel tau.
Nak beli baju kurung untuk majlis Kak Nisa.” Malas Riana mahu menambahkan
kebohongannya, terus dia melencongkan cerita. Penat nak fikir.
“Okey
Madam.” Khairil terseyum. Untuk buah
hatinya ini, apa pun dia sanggup!
+++++
Riana
meliarkan matanya ke setiap meja untuk mencari tempat kosong. Bila ternampak
ada meja kosong di sudut kiri khemah, segera di tarik tangan Amira.
“Meriah
kan majlis bila orang ramai macam ini.”
Penuh ruang hadapan rumah Kak Nisa di banjiri tetamu. Empat buah khemah
yang terpasang hampir tidak dapat menampung bilangan tetamu yang semakin
bertambah.
“Biasalah
kenduri dekat kawasan Felda memang macam ini lah. Meriah.” Amira membasuh
tangan dan mula menyuap nasi minyak. Sedap.
“First time aku pergi Felda, memang tak
rugi kita datang jauh-jauh.” Sambil menyuap nasi matanya merayap ke sekeliling
rumah Kak Nisa. Tetamu yang ramai semua dengan gelagatnya yang tersendiri.
“Kau
kahwin nanti mesti meriah macam ini juga.” Hampir sahaja Riana tersedak apabila
disebut hal kahwin . Air di atas meja segera dicapai.
“Kau
ni tak ada cerita lain agaknya, nak cerita bila tengah makan. Nasib baik aku
tak mati tercekik tadi.” Riana mengucap panjang. Amira mengusap belakangnya
perlahan. Rasa bersalah lah tu.
“Sorry
lah. Tapi betul kan aku cakap. Kau tu memang dah layak kahwin. Khairil pun lama
tunggu kau.”
“
Ish.. Tolonglah aku tak sedia lagi.” Riana kata bersahaja.
“Kau
nak tunggu sedia sampai bila?” Pandangan Amira menikam tajam. Apa yang ditunggu
Riana, dia pun tak tahu. Sudah mempunyai pekerjaan tetap dan taraf hidup yang
stabil. Apatah lah kekasih hati yang baik dan begitu mencintai dirinya.
“Aku
harap berkat pergi majlis Kak Nisa ni cepatlah jodoh kau.”
“No comment.” Riana terus menyudahkan
makan. Bukan boleh di layan sangat Cik Amirah ini. Nanti semakin bertambah pula
tazkirahnya.
“Jom
pergi tengok pengantin.” Bila dilihat Amira sudah mencuci tangan terus di ajak
temannya itu
“Jom.”
Pantas juga Amirah bersetuju.
+++++
“Tahniah
Kak Nisa. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.” Riana dan Amirah memeluk dan
cium sayang pengantin baru.
“Kak
Nisa nampak cantik sangat.” Riana memuji ikhlas. Nampak sungguh seri
pengantinnya. Terbias kebahagian melalui senyuman bahagia Kak Nisa.
“Terima
kasih sudi datang jauh-jauh.”
“Tak
apa Kak, jauh tapi berbaloi. Meriah, Ana suka.” Riana meliarkan matanya di
bilik pengantin yang bertemakan biru turquoise
dan cream. Nampak cantik dan menarik.
Di hujung satu sudut bilik pula kelihatan satu susunan hadiah berbagai saiz
yang sudah mencecah pingangnya. Banyaknya hadiah bila kahwin. Untunglah orang
kahwin.
“Banyaknya
hadiah Kak Nisa.” Riana berkata sambil membelek hadiah yang ada.
“Biasa
lah Ana. Sekali seumur hidup saja. Kalau
jealous, Ana kahwin lah cepat-cepat.” Kak Nisa ketawa riang. Segera di
tarik muncung panjang bila hal kahwin disebut lagi. Macam hari ini hari kahwin
sedunia pula.
“Betul
tu Kak, Mira sokong.” Mendengar kata Amira terus dicubit lengan gadis itu
sehingga dia itu terjerit. Siapa suruh melawak di bilik pengatin.
“Sanding
pukul berapa kak? Selalunya lepas zuhur kan?” di kerling jam tangannya sudah
2.02 minit petang.
“Bila-bila
masa agaknya. Kita tunggu saja. Eh.. Khairil mana?” Seingat Anisa, Riana
berjanji datang ke majlis perkahwinannya ini dengan kekasihnya. Tak kan lah
kekasihnya di tinggalkan keseorangan di luar.
“Dia
tak dapat datang. Pergi Kuantan. Mak cik dia masuk Hospital.”
“Sakit
apa?” Kak Nisa bertanya prihatin.
“Terjatuh
dalam bilik air masa nak ambil wuduq solat subuh.” Riana hanya membuat muka
selamba dan sibuk menilik hantaran Kak Nisa pula.
“Berani
pula dia lepaskan buah hati dia pergi jauh? Selalu bukan main kedekut?”
“Dah
bagi ayat baik Kak. Lagipun kenduri Kak Nisa tak kan Ana tak datang” Memang pada mulanya Khairil berat hati
membenarkan dia pergi berdua sahaja dengan Amira. Apatah lagi ini kali pertama
mereka menjejakkan ke daerah Kota Tinggi. Tapi dia keraskan hatinya dan memujuk
bahawa dia akan menjaga diri dengan baik. Malah sampai terpaksa berjanji akan
menghubungi lelaki itu setiap tiga puluh minit. Memang over protective pakwe dia ni.
“Kakak,
marilah kita jaga tol.” Adik kak Nisa yang sejak tadi mendiamkan diri menarik
Riana berdiri sama ke depan pelamin.
“Tol?”
Riana bertanya hairan.
“Tol
pengantin. Adat dekat Johor memang macam ini. Nanti kita minta duit tol dekat
pengapit lelaki.” Riana tercenggang. Majlis dekat KL tak ada pula. Macam
menarik.
Rombongan
lelaki tiba dengan paluan kompang yang menceriakan suasana. Tiba- tiba ramai
pula yang menyertai kumpulan tol mereka. Bila pengantin sudah di hadapan tol,
masing-masing menadah tangan. Riana yang terpinga juga mengikut menadah tangan.
“Kalau
nak jumpa pengantin perempuan kena bagi tol dulu.” Leeya adik Kak Nisa bertindak
selaku ketua tol. Masing-masing tergelak kecil dengan tawar menawar yang
berlangsung. Riana hanya terdiam bila bertentang mata dengan pengapit lelaki.
Tak sangka, kecil Malaysia ni. Dia hanya tersenyum senang bila menerima lima
sampul duit tol. Penjaga tol lain mula bising. Kenapa mereka hanya mendapat
satu sampul sahaja? Entah. Dia pun tak tahu.
+++++
“Saya
rasa macam pernah nampak awak lah.” Hazim menyapa gadis cantik dihadapannya. Masakan
Hazim boleh lupa wajah jelita ini. Tidur malamnya sering tergangu
termimpi-mimpikan wajah ini.
“Agaknya
lah. Saya tak ingat pula.” Riana pun sama bermain tarik tali. Sengaja di
pamerkan muka terpinga-pinga.
“Awak
duduk KL kan. Saya pernah nampak awak dekat restroran Bayu. Dengan buah hati
awak.” Hazim mencuba nasib.
“Betul
lah agaknya. Saya memang selalu makan di situ.” Sememangnya benar apa yang di
katakana Hazim itu. Dia masih ingat wajah ini semasa di makan tengah tengah di
restoran itu dua minggu lalu. Wajah yang meyebabkan bahunya bengkak terlanggar
tembok!
“Kekasih
awak tak ikut?” Hazim cuba beramah.
“Dia
balik kampung. Mak cik dia sakit.” Kalau
Khairil ada bersama dia sangat ini. Riana sangat pasti lelaki ini tak akan
berpeluang duduk di sebelahnya seperti sekarang.
“Girlfriend awak tak ikut?” Riana pula
yang bertanya.
“Eh..
saya mana ada girlfriend. Masih belum
jumpa yang berkenan di hati.” Riana hanya tersenyum sumbing. Lelaki hidung
belang memang itulah alasannya. Bukan dia tidak nampak dulu lelaki ini duduk
makan dengan kekasih hati.
+++++
“Ria!”
Riana sedikit tercenggang bila namanya di panggil kuat.
“Kenapa
Khai jerit-jerit ni. Ingat orang dah pekak agaknya” Dia pegang telinganya. Rasa
berdengung.
“Khai
dah panggil sayang banyak kali tapi tak sambut juga, Khai jerit lah. Menung apa?
Khai depan mata ni pun tak dipedulikan.” Jelas muka Khairil yang masam. Mesti
merajuk di biarkan bercakap seorang diri.
“Sorry, Ria cuma terfikir kalau Ria jadi
macam dulu.” Dia terdiam seketika. Mahu mengumpul ayat. “Agaknya awak dapat
terima saya lagi tak?”
“Soalan
jenis apa ni?’ Khairil pandang mata Riana dalam. Sungguh dia kaget dengan
soalan buah hatinya itu. Jangan cakap kekasih hatinya ini ingin mengulang
sejarah lama. Dia tak sanggup.
“
Ria nak tahu saja. Itu pun nak serius.”
“Walau
apa pun yang terjadi, Khai tetap sayang Ria. Walau jika ditakdirkan Tuhan, Ria
bukan jodoh Khai.” Sungguh Khairil sayangkan Riana. Walau Riana pernah menusuk
jantung hatinya sehingga hampir lumat, dia tetapkan cintakan Riana. Cintanya
tiada batasan.
“Tapi
kali ini Ria janji. Jika Ria buat lagi sekali, ini akan jadi penamat cinta
kita.”
“Sssh… sayang jangan cakap macam ni. Ria
tahu kan Khai sayang Ria sangat-sangat.” Kenapa dengan Ria hari ini. Sikap Ria
membuatkan hatinya berdebar kencang.
“Ria
dapat rasakan cinta Khai terlalu utuh, walau apa yang Ria dah buat pada Khai,
Khai tetap setia di sisi Ria.” Ria cuba tersenyum tapi ternyata senyumnya
kekok.
“Ria..
Pandang Khai.” Di tarik bahu Riana menghadap dirinya. Hatinya pilu apabila
perasan ada air jernih yang mengalir di pipi mulus buah hatinya.
“Kalau
betul benda macam dulu terjadi lagi..” Khai menarik nafas panjang. Terlalu sukar
untuk dia menyudahkan kata. “Bila dia adalah pilihan Ria yang dapat
membahagiakan Ria. Khai sanggup mengalah.” Riana terkedu. Sungguh tinggi nilai
cinta Khairil Hanafi. Dia sahaja yang terlalu bodoh pernah mencemarkan cinta
mereka.
+++++
Riana
memandang sahaja Hazim yang buat pembayaran kepada mak cik kedai. Di pandang
lelaki itu lama. Lelaki ini walau dipandang dari jauh sahaja sudah nampak aura
ketampanannya. Dengan tubuh tinggi lampai dan sasa sahaja sudah mampu menarik
wanita untuk mengetahui wajahnya pula. Apabila terpandang wajahnya pula pasti akan
terpesona dan membuatkan si dara memandang untuk kali kedua.
“Jom.”
Berdiri sahaja Hazim di sisiya terus di ajak pemuda itu pergi.
“Kita
nak pergi mana lepas ni?” Hazim mengikut sahaja langkah Riana yang semakin
pantas.
“Balik
lah.” Riana menjawab pantas.
“Tak
kan kot.”
“Ya
lah. Urusan kita dah selesai.” Langkah kaki semakin di lajukan. Malas nak
melayan lelaki buaya darat ini. Gelodak hatinya sekarang semakin mengganas.
Takut jika dia terus di samping lelaki itu, dia akan tergoda. Mintak di
jauhkan.
“Ana
sekejap.” Tangan gadis itu lantas di gengam. Hazim mengeluh bila perasan
pandangan tajam Riana di tanganya itu. Dia bukan sengaja mahu mengambil
kesempatan menyentuh tangan gadis ini. Tapi Riana jalan laju sangat, terpaksa
di paut tangan itu.
“Okey sorry.
Saya tak sengaja.” Di angkat tangannya menjauhi jemari Riana. “ At least, benarkanlah saya belanja awak
makan sebab sudi temankan saya beli ini.” Riana pandang sahaja beg plastik merah
yang berisi Pisang Tanduk. Nampaknya keputusan melawat Kak Nisa pagi tadi
memang tidak tepat. Sudahlah dia datang seorang sahaja melawat Kak Nisa yang
hamil lima bulan dan tidak di sangka rupanya Kak Nisa juga mempunyai tetamu
lain. Adik iparnya, Hazim.
Asyik
melayan drama Melayu, tiba-tiba Kak Nisa kata dia mengidam pisang tanduk untuk
di buat pisang goreng. Dikerah adik iparnya carikan pisang tanduk di tengah
hari yang panas. Hazim pula seperti kera mendapat bunga terus di ajak dirinya
sekali pergi mencari. Alasannya lelaki itu tak tahu rupa Pisang Tanduk. Dia tahu
makan sahaja. Habis ingat Riana pun tahu lah. Mereka ini sama sahaja, tak tahu
nama-nama spesis pisang. Nasiblah mereka dapat juga Pisang Tanduk berkat
pertanyaan kepada mak cik kedai.
“Awak
ini mengigau di siang hari agaknya. Kak Nisa dekat rumah tu dah tunggu pisang
tanduk dia. Awak sibuk nak pergi makan-makan pula” Riana bersuara nyaring.
“Alah
banyak lah alasan awak. Cakap sajalah sombong.” Hairan Hazim dengan perangai si
jelita ini. Dari mula mereka memulakan perjalanan hingga sudah mendapat barang
yang mereka kehendaki susah sangat untuk Riana membuka kata. Setiap soalan di
jawab acuh tak acuh.
“Memang
sombong pun. Dah balik.” Di berikan jelingan kepada Hazim dan terus langkah di
halakan ke arah Toyota Hilux pacuan empat roda Hazim. Dia mahu cepat sampai ke
rumah Kak Nisa dan cepat pulang ke rumahnya. Sesak nafasnya melihat terus muka
lelaki ini.
++++
“Saya
tahu awak dah ada kekasih.”
“Tapi
saya tak cintakan dia. Saya sanggup berpisah dengan dia kalau Ana sud..”
Kata-kata Hazim segera Riana pintas. Dia tak rela mendengar kata-kata
perpisahan untuk seorang wanita. Apatah lagi jika dia punca perpisahan itu.
“
Saya tak sanggup nak lukakan hati Khairil. Dia terlalu baik dan setia.”
“Tapi
awak bahagia dengan saya kan.” Penat Hazim menyakinkan gadis idamannya ini.
Pelbagai hujah telah diberikan tetapi pelbagai alasan juga yang diterima.
“Saya
sentiasa bahagia dengan Khairil.” Di tatap wajah Hazim. “Entahlah. Saya tak
tahu nak pilih yang mana satu.” Sungguh Riana pening. Kedua-dua jejaka itu ada
dalam hatinya.
“Jadi
pilih lah saya.” Pantas sahaja Hazim menyatakan pilihan.
“Senangnya
awak bercakap. Apa jaminan kalau kalau saya pilih awak?”
“Saya
janji saya akan setia, akan cintakan awak sampai akhir hayat saya.” Walau Riana
bukan kekasihya yang pertama. Tapi inilah kali pertama dia benar-benar jatuh
cinta. Hanya Riana yang mampu membawa dia ke alam bahagia seperti sekarang.
“Sukar
untuk dipercayai. Sekarang pun awak boleh curang dengan kekasih awak. Tak
hairan nanti saya pun terima nasib yang sama.”
“Saya
janji Ana. Hanya awak di hati saya. Saya tak perlukan orang lain. Hanya awak.” Mata
Hazim yang redup di pandang sayu. Ah.. dia buntu untuk memilih.
“Saya
tak tahu Hazim. Berikan saya masa.”
“Ambil
lah seberapa masa yang awak nak. Tapi ingat yang saya akan sentiasa cintakan
awak.”
Sungguh
ini semua di luar dari jangkaan Riana. Tidak sangka perangai playgirlnya kembali. Figura kacak Hazim
berjaya mengongcang kesetiaannya. Sejak peristiwa di rumah Kak Nisa dulu
semakin kerap pula mereka bertemu. Apatah lagi Riana mudah sahaja tergoda dengan sikap gentleman Hazim yang melayan perangai dinginnya dulu.
Kini,
dia benar-benar tersepit. Dia tahu cintanya masih utuh kepada Khairil. Kekasih
yang terlalu baik untuk terus dikhianati. Sepanjang tiga tahun perhubungan
mereka sudah dua kali dia mempermainkan hati itu. Tapi kekasihnya masih setia
dan menerimanya, adilkah untuk dia mencalar kepercayaan kekasihnya itu sekali
lagi?
++++
Khairil
pandang sahaja keletah Intan anak saudaranya yang bermain gelongsor dengan
rakannya. Riana di sebelahnya sejak tadi masih mendiamkan diri.
“Apa
pun keputusan Ria, Khai terima.” Riana terjeda.
“Khai
cakap apa ni?” Dari sikap Khairil yang tenang membuatkan hatinya semakin perit.
Lelaki ini terlalu tenang.
“Khai
dah rasa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kita ini. Dulu pun Ria
pernah macam ini juga.” Khairil berkata terus terang.
“Macam
mana apa?” Riana cuba berteka teki.
“Hati
tak tenang sebab dalam hati dah ada lelaki selain Khai.” Khairil hanya
tersenyum nipis. Tersenyum untuk menutup kegalangan hati sendiri. Alangkah
indah jika dia boleh jadi seperti Intan. Jadi kanak-kanak semula. Bebas bermain
tak perlu memikirkan hati dan perasaan.
“Ria…”
Riana cuba berkata. Tetapi hampa dia kehilangan kata.
“Tak
perlu minta maaf sayang. Cinta Khai memang tak cukup sempurna untuk Ria. Sebab
tu…” Bibir Khairil segera Riana tutup dengan jarinya. Dia tak sanggup mendengar
kata duka dari kekasihnya itu. Hati yang telah di lukai lagi.
“Ria
minta maaf. Ria tahu Ria salah. Tak pernah nak hargai cinta kita. Ria…” terlalu
banyak yang ingin di katakana tetapi katanya tersekat lagi apabila melihat
wajah tenang kekasihnya. Wajah yang menanggung duka.
“Tak
guna untuk menyesal sekarang sayang. Andai jodoh kita sampai disini sahaja, Khai
tetap bersyukur dengan keindahan cinta yang sementara ini.” Khairil melepas
pandang ke arah Intan kembali. Hatinya tak cukup kuat melihat air mata Riana.
“Boleh
Ria janji sesuatu dengan Khai?” Matanya memandang tepat ke mata bening Riana.
Masih ada sinar cinta itu tapi sudah di cemari dengan cinta untuk lelaki lain
juga. Terlalu perit dirasakan luka yang ditinggalkan kekasihnya ini.
“
Janji apa?” Dia memandang wajah kekasihnya sayu.
“
Janji dengan Khai untuk setia. Cubalah untuk setia. Biarlah cinta yang baru
tumbuh ini cinta terakhir untuk Ria. Jangan curangi lagi cinta ini sebab ianya
sakit Ria. Terlalu sakit.” Khairil hulurkan senyuman pahit kepada Riana yang
sejak tadi hanya mengalirkan air mata. Sungguh tidak sangka cinta Riana
untuknya di curangi lagi.
“
Apa pun keputusan Ria, Khai terima dan ingat Khai akan sentiasa simpan cinta
kita di dalam hati ini.”
“Maafkan
Ria. Ria dah buat keputusan” Puas dia memikirkan perkara ini selama ini. Hati
Khairil tak ingin di lukai lagi. Cukuplah dulu.
+++++
Kertas
A4 berwarna biru ini di pandang pelik. Di belek-belek kertas itu depan
belakang. Kosong, suci bersih dari sebarang tulisan. “Nak buat apa dengan
kertas ini?” Hazim lihat sahaja perlakuan Riana yang mengeluarkan pen dari tas
tangan gadis itu.
“Ambil
ini.” di sambut sahaja pen yang di hulurkan gadis itu.
“Apa
yang Ana cakap kalau Azim setuju, Azim tulis.” Riana duduk tegak mengadap lelaki
tampan pujaan ramai ini. Dia perlu mengambil tindakan drastik bagi menjaga jiwa
raganya.
“Awak
nak cakap apa? Ini permainan apa?” di pandang saja muka serius Riana. Tidak
pernah dia melihat rona wajah seperti ini sejak mereka bersama. Wajah yang penuh
ketegasan.
Kertas
dari tangan Hazim di capai dan ditulis sebaris ayat di ruangan atas. Kemudian
di serahkan kembali kepada Hazim. “Ini bukan permainan tapi Aku Janji Cinta
Kita.” Gadis itu bersuara tegas.
“Aku
Janji Cinta Kita?” Hazim membaca perlahan tajuk yang di tulis Riana dengan dahi
yang berkerut. Apa ini? Tak faham!
“Di
sebabkan sejarah cinta kita dimulakan dengan kecurangan terhadap bekas kekasih
masing-masing. Jadi Ana buat keputusan buat Aku Janji Cinta Kita untuk jamin
kesetian kita. Aku Janji yang akan simpan syarat-syarat cinta kita berdua.” Aku
Janji ini amat penting kepadanya apatah lagi bila mengingatkan janjinya kepada
bekas kekasihnya dahulu. Khairil yang sentiasa mengingatkannya untuk setia kepada cinta ini.
“Perlu
ke? Ana tak percaya dengan cinta saya? Cinta tak bersyarat sayang.” Hazim
memujuk kekasih hatinya.
“Percaya.
Tapi Ana perlukan kepastian!” Berkasih dengan bekas Kasanova ini membuatkan
hatinya kadang kala di cuit rasa akan ditinggalkan.
“Okey. Azim akan ikut kalau ini dapat buktikan
keikhlasan cinta pada Ana.” Kertas biru di ambil dan di tuliskan namanya. Mohd
Hazim Bin Mohd Ariffin.
“Apa
yang Ana cakap, Azim tulis kalau rasa ia relevant
dan mampu untuk Azim kotakan.” Hazim mengangukkan kepala sahaja tanda faham.
Setiap kata yang terbit dari kekasihnya didengar dengan sepenuh hati. Kadang
dia tersenyum kadang tercengang dengan kata Riana. Tak sangka dengan syarat
yang dikenakan kepadanya.
“
Siap.” Kertas Aku Janji Cinta Kita diserahkan kepada Riana.
Riana
hanya tersenyum melihat tulisan kemas kekasihnya. Maklumlah jurutera,
tulisannya pun sentiasa kemas dan tersusun. Dibaca syarat dan keinginan Hazim
perlahan.
“
1. Saya akan sentiasa sayang kekasih sayang tidak kira di mana saya berada.”
“
2. Tak mengurat wanita lain selain kekasih saya Nur Riana Syafiqah.”
“
3. Tak akan pandang mata wanita lain kecuali ahli keluarga sahaja, kerana kata
kekasih saya dari mata jatuh ke hati.”
“
4. Saya akan pastikan dia tak menanggis kerana saya, sebab saya sayang dia!”
“
5. Tak akan ada rahsia di antara kita.”
“
6. Saya akan call kekasih saya setiap
hari apabila sahaja bangun daripada tidur.”
“7.
Kami akan berkasih berlandaskan kasih sayang kepada Tuhan. Kami akan menjaga kehormatan
diri masing-masing sebagai umat Islam.”
“Puas?”
berdasarkan riak muka Riana sahaja dia tahu, kekasihnya itu berpuashati dengan
kata janjinya itu. Memang kerja gila. Tidak pernah dia membuat perjanjian
seperti ini sepanjang 30 tahun bernafas di bumi ini. Memang Nur Riana Syafiqah
terlalu istimewa.
“Ana
terima. Kali ini Hazim pula beritahu apa syarat untuk Ana.” Kini giliran Riana
pula mendengar suara hati kekasihnya dengan teliti. Riak wajahnya serius dan
sesekali tersenyum membuatkan Hazim turut tersenyum senang. Bila kerja
menulisnya selesai lantas diserahkan kertas biru muda itu kepada Hazim.
“1.
Saya Nur Riana Syafiqah akan sayang Mohd Hazim bin Mohd Ariffin selagi dia
setia pada saya.” Hazim memandang Riana tajam. “Selagi saya setia? Awak ni tak
percaya saya ke?”
“Memang
saya tak percaya pun. Lelaki ni lidah bercabang. Memang itu kenyataannya.”
Riana berikan jelingan tajam kepada kekasihnya. Malas mahu memanjangkan
perbalahan, Hazim menyambung semula bacaan Aku Janji mereka.
“2.
Saya tak akan melayan lelaki lain dengan terlalu mesra supaya mereka tidak
jatuh cinta dengan saya.” Hazim tersengih sahaja apabila syarat yang dikenakan
untuk kekasihnya tercacat di dalam perjanjian mereka.
“3.
Saya akan belajar masak sebab Hazim kata dia suka makan masakan orang
tersayang.”
“4.
Saya akan belajar memakai baju kurung bila hari bekerja kerana kekasih saya
kata saya nampak lebih cantik bila berbaju kurung.”
“5.
Kami akan bercinta mengikut landas Islam. Menjaga diri dari perkara yang
membawa kepada maksiat. Harap kami jadi menjadi muslim dan muslimah yang di
redhai Allah.
“Oleh
itu, kami berjanji untuk mematuhi peraturan cinta ini. Kami bersetuju jika
salah seorang daripada kami melanggar syarat ini, cinta kami akan terbatal.”
“Cinta
terbatal? Dah macam kontrak saja.” Hazim mengeluh perlahan. Kekasihnya ini
terlalu trauma ke sampai perlu menggunakan ayat seperti ini.
“Yup. Cinta kita akan terbatal. Jika awak
atau saya melanggar syarat kita. Tak guna untuk kita terus bersama kerana cinta
kita masa itu akan dipenuhi tipu muslihat. Dah tak ada kejujuran.”
“Baiklah.
Sini saya tandatangan.” Segera Hazim turunkan tandatangan di bawah namanya.
Sudah seperti membuat perjanjian perniagaan pula.
Sebaik
Riana menyimpan Aku Janji cinta mereka, sepi mula menyelubungi mereka. Riana
ralit memandang awan. Hazim pula melayang fikiran entah kemana.
“Saya
janji akan setia.” Hazim menyakinkan kekasihnya.
“Hmm..”
Riana hanya terus memandang awan. Tenang.
“Percayalah.”
“Okey.” Riana menganguk dan memberikan
senyum kepada kekasihnya. “Kita pergi makan Ice
Cream jom.” Segera dia bangun dari kerusi kayu. Bila sudah bagun, baru
terasa sengal akibat terlalu lama duduk di kerusi keras. Terasa sengal-sengal.
“Jom.
Saya ingatkan awak tak nak makan tadi. Tengok awan pun dah kenyang.” Riana
hanya ketawa kecil. Masakan melihat awan sahaja sudah kenyang. Semakin lapar
adalah.
+++++
Diusap
lembut kain itu dari tadi. Struktur kainnya yang lembut memikat hati. Apatah
lagi warna ini adalah warna kegemaran Hazim.
“Nak
tenung kain tu sampai tembus ke?” Ariana hanya tersenyum sahaja dan meliarkan
mata pula ke pasmena yang lain. Koleksi pasmena di kedai ini memang cantik
dan memikat hati tapi pasmena biru tadi
lebih menarik perhatiannya.
“Cantik
kain ini. ” Hazim berkata perlahan. Riana melihat sahaja bila Hazim sudah
mengambil tugas membelek pasmena biru tadi.
“Kalau
Ana pakai mesti cantik kan.” Hazim mengambil kain itu dari penyangkutnya lalu
di sarungkan di kepala Riana. Cantik.
“Cantik
kan.” Di tarik tangan Riana ke hadapan cermin. Terbias wajah cantik kekasihnya
itu.
“Memang
cantik. Azim rasa Ana sesuai ke bertudung?”
“Kenapa
pula nak tanya sesuai tak? Pakai tudung kan salah satu cara menutup aurat. Itu
syariat Islam.” Riana terjeda mendengar. Ya, dia sahaja yang selama ini
menidakkan tuntutan Allah itu. Walau dia tidak berpakaian menjolok mata tapi
dia tetap harus menutup aurat dengan sempurna.
“Azim
belikan Ana tudung ini. Dekat rumah nanti boleh praktis.” Tanpa menunggu
jawapan Riana. Pasmena biru itu terus di bawa ke kaunter pembayaran. Jika
menunggu Riana berfikir memang tak akan keluarlah mereka dari kedai ini sampai
ke malam.
+++++
Pegangan
di jemari dileraikan perlahan. Terkesan wajah Hazim yang terkejut. “Kenapa?” Nyata
lelaki itu sedikit terpingga dengan penolakan Riana.
“Ana
rasa sekarang kita perlu jaga batas kita sebagai orang Islam. Hubungan di
antara kita adalah bukan muhrim. Rasa tak elok kalau kita bersentuhan selagi
tak ada ikatan.” Riana berkata lembut.
“Memang
tak elok. Tapi selama ini Ana tak kisah pun.” Sejak kekasihnya ini sudah
berhijab. Sedikit demi sedikit sinar Islam semakin terbias dalam kehidupan
seharian mereka. Perubahan yang menjadikan hidupnya semakin sempurna.
“Sejak
Ana bertudung ini, Ana dapat rasa satu perasan tenang. Setiap perbuatan rasa di
lindungi. Malah tudung ini memberikan satu tanggungjawab. ” Riana memberitahu.
“
Tanggungjawab?” Hazim kerut kening.
“Tanggungjawab
untuk menjaga kesucian Islam. Sebagai wanita yang berhijab, Ana rasa kewajipan untuk
menjaga nama Islam ada dibahu Ana sekarang ini. Penampilan, perbuatan,
percakapan kita semua perlu melambangkan sebagai seorang Islam. Dari situ, barulah
kita akan merasai keindahan Islam itu sendiri.” Riana tersenyum. Perasaan dia
memang berlainan dengan perasaan sebelum berhijab dahulu. Perasaan tenang itu
datang dengan sendirinya.
“Hazim
rasa bertuah dapat kekasih macam Ana. Alhamdulillah. Kita sama-sama berubah
untuk kebaikan.” Memang diakui kata-kata Riana itu benar. Mereka sebagai orang
Islam memang perlu menjaga kehormatan Islam.
+++++
Wajah
itu semakin bersih. Masih tenang. Itulah bekas kekasihnya. Masih lagi menyejukkan
mata dan hatinya.
“Khai
sihat?”
“Alhamdulillah
sihat.” Lelaki itu menjawab tenang.
“Ria?”
“Alhamdulillah
Ria pun sihat. Lama tak jumpa kan.” Seingat Riana pada awal perpisahan mereka,
Khairil masih berhubung dengannya melalui khidmat pesanan ringkas, tetapi hubungan
mereka terputus bila memasuki bulan ketiga perpisahan mereka.
“Khai
tak ada di Malaysia. Sambung belajar di UK. Kebetulan phone hilang sebelum berangkat. Tak dapat nak maklumkan Ria.”
Setelah hampir setahun mereka terpisah, tak sangka dia masih berkesempatan
bertemu Riana hari ini. Terlalu istimewa pertemuan mereka. Bertemu dirumah
Allah.
“Kenapa
tak bagitahu guna email?”
“Khai
rasa tak penting untuk dimaklumkan pun. Ria pun tak pernah kirim email.” Hubungan mereka telah terputus.
Tidak wajar untuknya terus menghubungi gadis ini. Dia takut jiwanya tidak kuat
untuk melepaskan gadis ini pergi. Malah penampilan baru gadis ini seakan
mengamit rindunya kembali.
“Ria..
nak sangat kirim email pada Khai,
tapi Ria takut Khai tak sudi nak berkawan dengan Ria lagi. Ria takut Khai dah
benci pada Ria. Dah lupakan Ria”
Khairil
hanya tersenyum sahaja melihat riak bersalah bekas kekasihnya itu. Sungguh dia
rindu dengan Riana. “Tak ada sebab untuk Khai benci dan lupakan Ria. Kalau hati
dah sayang. Buat lah apa saja. Kita akan sentiasa memaafkan. Khai dah lupakan
kisah lama.”
“Khai
memang baik kan. Bertuah siapa yang dapat Khai. Dah ada pengganti?” Melihat
gelengan Khairil, Riana diterpa rasa bersalah. Adakah luka dihati lelaki ini
masih berdarah?
“Tak
payah buat muka sedih Ria.” Khairil mengelengkan kepalanya sahaja melihat
kelatah Riana. “Khai tak ada masa nak cari pun, terlalu sibuk.”
Mereka
terus melangkah keluar dari perkarangan Masjid Putrajaya. Riana menyepikan
diri. Pertemuan mengejut ini membuatkan dia tidak dapat berfikir untuk
menuturkan ayat yang sesuai. Tiba-tiba..
“Auch…”
Khairil ketawa. Teringat kisah dulu.
“Sakit?”
Di pandang wajah berkerut gadis itu.
“Sakit
lah. Cubalah Khai langgar tembok. Rasa sendiri sakit tak.” Di usap dahinya yang
mencium dinding masjid. Dipandang pula Khairil yang ketawa sejak tadi. Tak
kesian kah tengok dia yang dalam kesakitan.
“Orang
sakit, dia ketawa pula.” Mendengar bebelannya semakin kuat pula gelak lelaki
itu.
“Ria..Ria..
ada sahaja benda yang Ria langgar kan. Sini Khai tengok.” Di rapatkan dirinya
melihat dahi Riana.
“Eh
parah ni. Kena pergi hospital, berdarah.” Mendengar sahaja penjelasan lelaki
itu Riana terus mengambil cermin di dalam tas tangan. Terus dihalakan ke dahi.
Namun apa yang terbias di cermin itu hanya tanda yang sedikit merah sahaja. Di
pandang pula wajah Khairil dan lelaki itu ketawa besar sekali lagi.
“
E… jahat. Tipu.” Riana berkata geram.
“Siapa
suruh percaya.” Mendengar alasan Khairil membuatkan dia menarik muka.
“Khai
rindu nak tengok mulut muncung Ria selama ini. Tak sangka ada rezeki tengok
hari ini.” Riana hanya tersenyum sahaja. Memang dia pun rindu dengan lawak
jenaka lelaki ini.
“Ria
pun rindu pada ketawa Khai. Tak sangka hari ini ada rezeki tengok Khai
ketawakan Ria.” Khairil ketawa lagi. Gadis ini masih seperti dulu. Tidak boleh
kalah.
“Kita
kawan?” Riana pandang Khairil yang tersenyum.
“Okey.
Kita kawan.” Kali ini Riana pula yang tersenyum.
+++++
Keretanya
dihentikan di hadapan rumah abangnya. Riana yang berceloteh dari tadi sudah
mula menamatkan kata. Bila sahaja enjin keretanya di matikan Riana lantas
membuka pintu kereta. Ditinggalkan dia keseorangan mengangkat semua barang.
Barang mentah yang di pesan Kak Nisa tadi dia angkut dan bawa kedalam rumah.
“
Nah. Semua cukup. Adik ipar akak dah carikan semua yang akak nak.” Kakak
iparnya ini sibuk menyuruh dia dan Riana mencarikan bahan untuk membuat Mee
Kari. Kali ini dia mengidamkan Mee Kari buatan Riana pula untuk anak kedua.
“Terima
kasih Hazim. Ini yang akak sayang kau lebih.” Kak Nisa hanya tersenyum melihat
bahan yang dibeli adik iparnya ini. Tanpa disuruh Riana terus membawa barang
mentah itu ke dapur. Dia sudah arif dengan setiap sudut di rumah ini. Tempat
dia selalu menghabiskan masa di dapur memasak makanan untuk kekasihnya Hazim.
Sekarang untuk Kak Nisa pula.
Kali
ini dia dibantu oleh Hazim untuk memasak. Lelaki ini dikerah untuk menolongnya
kerana tidak mahu mengangu Kak Nisa. Orang mengandung tak boleh buat kerja yang
berat-berat.
“Mee
Kari kena letak ini?” Di tunjukkan batang serai kepada Riana.
“Kena
lah. Serai untuk naikan bau harum masakan.” Riana mengaul kuah kari di dalam
periuk. Sudah hampir siap. Lepas ini boleh terus hidang.
“Selalu
tak ada pun.” Hazim pergi ke sinki membasuh tangan yang kotor menyediakan bahan
masakan untuk kekasihnya.
“Siapa
kata tak ada. Itulah pandai order
saja. Dah dapat cantik macam ini, pandai masak kalau cari yang lain jugak,
memang menolak tuahlah. ” Tiba-tiba sahaja Kak Nisa mencelah. Sungguh dia
senang dengan kemesraan adik iparnya dan Riana. Walaupun pada awalnya dia
kurang yakin dengan cinta bekas kasanova dan playgirl ini. Tetapi sehingga kini mereka masih kekal
bertahan.
“Eh..
mana ada. Tak cari yang lain dah.” Hazim ketawa sahaja dengan omelan kakak
iparnya itu. Sering kali dia disindir seperti ini. Dia tahu kak iparnya itu
berniat untuk mengingatkannya. Kekasihnya kawan baik kakak iparnya itu.
Pastilah akan mendapat perlindungan yang ketat.
“Ya
lah. Cik abang dan Kakak sayang. Jom makan. Mee kari sudah siap.” Riana hanya
mengeleng sahaja dengan kerenah mereka. Beginilah situasi setiap kali mereka di
dapur. Apatah lagi semasa dia mula-mula belajar masak dengan Kak Nisa dulu.
Hazim
menarikkan kerusi untuk Riana duduk. Selesai mengambil makanan, tangan di
angkat dan doa dibacakan. Tanpa membuang masa terus dia menikmati Mee kari
buatan kekasihnya itu. Sedap.
“Sedap.
Nanti nak Mee Bandung pula.” Hazim membuat permintaan.
“Amboi
banyak cantik! Upah. Tahu makan saja.” Riana bersahaja menjawab. Tahu sangat
dengan perangai Hazim yang satu ini. Kuat makan.
“Boleh
sayang, cakaplah nak apa? Bulan bintang akan ku petikkan untukmu.” Dengan wajah
penuh berperasaan dia membuat gaya memetik bulan dan bintang. Lagaknya terus
sahaja mengundang ketawa Kak Nisa dan Riana.
“Eleh
jiwang karat.” Kak Nisa lantas menjawab. Adik iparnya ini kalau bab mengayat
memang juara.
+++++
Lepas
saja membasuh pinggan. Riana terus duduk di atas kerusi sofa putih susu.
Rancangan dikaca TV nyata tak menarik untuk terus di tonton. Bosan menunggu Kak
Nisa dan Hazim yang menunaikan solat. Suami Kak Nisa tak ada dirumah hari ni,
menghadiri kursus di Terengganu. Anaknya pula sudah tertidur akibat terlalu
lasak bermain. Bosan duduk keseorangan, dia capai telefon bimbit Hazim di atas
meja kaca. Nak check facebook lah.
Ikon
Facebook disentuh, dimasukkan email dan password untuk dingding facebooknya.
Riana hanya tersenyum dengan balasan rakan-rakannya terhadap status yang dibuat
dua hari lepas. Sedang sibuk melayan Rafidah di Facebook, masuk satu pesanan ringkas di telefon bimbit Hazim. Malas
untuk diendahkan. Terus dia melayan Rafidah berceloteh tentang anaknya. Anak
Rafidah yang berusia lapan bulan sudah pandai berjalan. Jalannya yang masih
bertatih sering mengundang ketawa ahli keluarga. Kini masuk satu lagi pesanan
di telifon bimbit Hazim. Riana pantas menjengukkan kepala ke tangga. Bayang
Hazim masih belum kelihatan.
Memikirkan
mungkin pesanan yang dihantar penting dan memerlukan jawapan yang segera. Riana
pantas sahaja membuka peti masuk pesanan. Lagipun sebelum ini sering kali dia
membaca dahulu pesanan ditelifon bimbit kekasihnya itu. Malah kadang kala
kekasihnya itu yang menyuruhnya menjadi tukang balas. Tertulis nama pengirim
adalah Hisham dan dua pesanan tadi adalah dari pengirim yang sama.
Riana
membaca pesanan pertama yang di hantar Hisham. Lidahnya menjadi kelu. Dadanya
terasa sesak. Terlalu sempit dirasakan untuk bernafas. Lantas pesanan kedua
pula yang dibaca. Ternyata perasan semasa membaca pesanan pertama tadi adalah
sama untuk pesanan kedua ini. Diperiksa pula semua pesanan keluar dan masuk di
antara Hisham dan Hazim. Ternyata perasaannya bagaikan ditusuk sembilu. Tanpa
buang masa Riana segera mendaftar keluar akaun Facebooknya. Telifon bimbit hazim dipegang erat.
Kelibat
Kak Nisa yang turun dari tangga di pandang lembut. Riana cuba sedaya upaya untuk tersenyum. “Ana nak balik
awal lah kak. Ada hal pula dekat rumah.” Segera di utarakan keinginannya bila
Kak Nisa mengambil tempat di sebelahnya.
“Lah
awal lagi. Tapi tak apa lah. Terima kasih masakkan Mee Kari tadi. Sedap. Dah
lulus nak jadi isteri orang.” Riana hanya ketawa kecil dengan ulasan Kak Nisa.
Kini bayang Hazim pula yang muncul di ruang tamu. Bila melihat Hazim yang
santai duduk di hadapannya terus di ajak lelaki itu menghantarnya pulang.
++++++
“Tadi
Hisham message awak.” Riana berkata
setelah lama mendiamkan diri
“Dia
message apa?” Hazim terus menghalakan
pandangan ke jalan raya yang sesak. Biasalah bila hari minggu orang ramai akan
keluar beriadah.
“Entah
lupa lah. Nanti awak tengok lah. ” Riana menyimpan senyum. Mana boleh dia lupa
dua pesanan Hisham tadi. Tidak mungkin. “Esok kita jumpa dekat Alamanda boleh
tak. Pukul tiga.” Esok akan ada perhitungan antaranya dan Hazim. Perjanjian yang telah dimungkiri.
“Esok
saya free. Saya ambil awak terus
lah.” Sudah lama mereka tidak pergi ke Alamanda. Riana sahaja yang suka pergi
ke sana. Katanya dia sukakan bandar Putrajaya yang cantik.
“Tak
apa lah. Kita datang asing. Saya nak pergi tempat lain lepas tu.” Riana tetap
dengan keputusannya.
“Kita
pergi lah sama-sama.” Hazim memujuk.
“Tak
apa. Saya nak pergi seorang sahaja.” Riana yakin selepas pertemuan mereka esok.
Haluan mereka akan berbeza. Sudah tidak sehaluan.
+++++
Hazim
menghenyakkan punggung ke atas sofa. Telifon bimbitnya lantas di ambil dari
kocek seluar. Teringatkan peringatan Riana tadi yang Hisham menghantar pesanan
kepadanya. Mahu apa sahaja lelaki itu. Pesanan pertama di buka.
‘
Ini no girl Rahayu 0172356716. Kau mesti
tackle girl ni sampai dapat J.’ Dia menelan
liur. Terasa kelat. Pasti Riana sudah membaca pesanan ini. Apabila membaca
pesanan kedua pula, peluh kian mengalir lebat di dahinya.
‘ Aku ingat kau dah retired dari
bidang ni. Welcome back bro.’ Tanpa berlenggah
panggilan terus dibuat untuk Riana. Panggilannya tak dapat di sambungkan. Riana
matikan talian. Hazim memegang kepala. Ah pening kepala.
+++++
“Sebelum
Ana nak buat apa-apa keputusan dengar dulu penjelasan saya.” Hazim terus sahaja
berbicara apabila Riana melabuhkan duduk di hadapannya. Jiwanya kacau bilau
sejak semalam. Wanita ini memang bisa menderanya secara psikologi.
“Cakaplah.
Saya dengar.” Riana masih duduk tegak seperti tadi.
“Message semalam bukan bermaksud saya
mahu curang kepada Ana. Hisham bagi saya phone
no. that girl hanya untuk suka-suka tak ada niat lain.”
“Tanpa
niat lain? Apa niat awak yang sebenarnya?” Laju sahaja Riana mencelah.
“One day saya keluar makan dengan dia, then dia yang sibuk suruh saya tackle that girl. Saya cakap kalau nak
suruh saya tackle bagilah phone no girl tu. Saya tak sangka dia beri
betul-betul. Tapi betul saya tak berniat langsung pun nak mengurat dia. Saya hanya
sekadar bergurau dengan Hisham. Phone number tu saya dah buang.” Hazim
memberikan penjelasan.
“Saya
tak percaya.” Hazim sudah jangka itulah ayat yang akan keluar dari kekasihnya
itu.
“Tolonglah
percaya. Betul saya tak tipu awak” Hazim sekali lagi cuba menyakinkan Riana.
“Saya
tak percaya dan tak boleh percaya. Awak sememangnya ada niat untuk cuba curang
dengan saya. ” Riana berkata tegas.
“Saya
tak tipu Ana. Tak kan sebab dua message
tu awak terus hilang percaya pada saya?”
“Saya
memang dah hilang percaya pada awak bila saya baca message yang awak hantar pada Hisham.” Riana hanya tersenyum
melihat muka terkejut lelaki di hadapannya itu. “ Aku tengah fikir plan nak tackle Rahayu. Aku kena mengasah balik skill kasanova aku dulu. Aku tackle dia hanya untuk suka-suka.” Riana
menyebut setiap ayat yang dibacanya semalam. Hazim mengurut keningnya. Pening.
Tak sangka perbuatannya telah terbongkar.
“Opps..
tapi ada satu message yang dapat
menyentuh hati saya. Aku tetap sayang kekasih aku, tak ada siapa pun yang dapat
ambil tempat dihati aku selain dia.” Riana ketawa kecil selesai berkata.
Hatinya sedih. “Walau awak masih sayang saya, tapi saya tak boleh terima awak
permainkan hati wanita lain.” Hatinya pedih. Kenapa lelaki ini masih tega mempermainkan
hati wanita. Bukankah mereka sudah berjanj?.
“Ana.
Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Okey
I admit, it was my mistake. Tapi saya cintakan awak. Bukan orang lain,
hanya awak Riana.” Hazim pandang Riana yang melarikan pandangan darinya. Pasti
wanita ini terluka.
“Terima
kasih kerana masih cintakan saya dan sayang saya. Tapi maaf saya tak boleh
terima.” Kertas biru yang berlipat dia berikan kepada lelaki yang yang terus
merenungnya dari tadi. “Awak dah langgar kata janji awak sendiri. Bacalah janji
awak yang kedua.”
Hazim
terkedu. Tak perlu dibaca masih di ingat dengan jelas janjinya itu untuk tidak menggoda wanita lain selain dari
kekasihnya itu sendiri. “I’m sorry.”
Hanya itu yang mampu terbit di bibirnya.
“Mengikut
perjanjian kita bila salah seorang dari kita langgar Aku Janji ini, maka
hubungan kita akan terputus.” Riana berkata perlahan. Tak sangka rupanya hubungan
kali ini dikhianati.
“No! Saya tak boleh terima. Saya sayang
awak Ana.” Hazim memandang Riana. Cintanya terhadap gadis ini terlalu dalam.
Tidak sangka sikapnya yang hanya untuk suka-suka menjadi punca perpisahan
mereka.
“Orang
yang memungkiri janji adalah orang munafik. Saya tak mahu kita tergolong dalam
kumpulan itu. Lagipun kepercayaan saya pada awak sudah hilang. Sebaiknya kita
putuskan hubungan kita setakat ini sahaja.” Melihat Hazim yang ingin mencelah
katanya segera dia menyambung kata. “Saya minta maaf di atas segala kesilapan
saya selama ini jika saya menguris hati awak. Saya pohon halalkan makan minum
saya selama ini.” Riana terus bangun dari duduknya. Hubungan ini sudah
ditamatkan. Dia sudah tidak mahu memandang ke belakang lagi.
“Ana
tak pernah buat salah dengan saya pun. Saya minta maaf sebab tak jujur. Saya
doakan Ana bahagia. Maafkan saya.” Hazim berkata lemah tapi Riana hanya
mendiamkan diri dan terus meninggalkannya.
Dipandang kelibat gadis itu sehingga hilang dari pandanganya. Sungguh
hatinya pedih. Kali pertama dia rasa sakit akibat putus cinta. Selama ini dia
tidak peduli bila meninggalkan atau di tinggalkan kekasih. Hatinya terlalu
kebal dengan kecewa dan patah hati. Kini baru tahu sakit ini terlalu perit dan
ia berpunca dari kesilanpannya sendiri.
+++++
Khairil
segera melambaikan tangan kepada Riana yang sudah menampakkan muka di balai
menunggu KLIA. Bila gadis itu semakin mendekat, senyuman manis dihulurkan.
“
Sorry lambat. Mana yang lain?”
Pandangan Riana halakan ke sekeliling. Tidak kelihatan bayang keluarga Khairil.
“
Mereka balik semula kerumah. Kak Ina tertinggal barang.” Ceria sahaja lelaki
itu menjawab.
“
Hai last minute baru teringat ?
Penting sangat ke?” Riana berkata gusar. Penerbangan tinggal 30 minit sahaja
lagi.
“
Penting sangat. Pasport.” Khairil hanya ketawa menjawab. Macam manalah kakaknya
itu boleh teringgal barang yang sangat penting. Riana juga terlihat hanya mampu
menggelengkan kepala. “Sekejap lagi mereka sampai agaknya. Sebab tadi awal lagi
dah perasan pasportnya tertinggal.” Khairil segera memberikan ruang kepada
Riana untuk duduk di sebelahnya. “Duduk lah dulu, Khai lama lagi nak pergi.”
Riana hanya tersenyum dan mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
“Khai
nak tahu sesuatu tak?” Khairil hanya menganguk. Pandangan terus di halakan ke arah
gadis itu.
“Masa
Ria ambil keputusan putuskan hubungan kita dulu, cinta Ria masih 99% pada Khai
dan hanya 1% untuk dia” Riana tersenyum dengan katanya sendiri.
“Ria
putuskan hubungan hubungan kita sebab rasa tak
adil pada Khai. Khai terlalu baik untuk Ria sakiti. Sebab itu Ria
undurkan diri. Tak nak seksa hati Khai lagi.” Riana pandang Khairil yang masih
berdiam sejak tadi. Mungkin lelaki itu tidak percaya dengan katanya.
“Tak
sangka. Khai ingatkan, dia yang Ria lebih cinta masa itu. Tapi itu semua
biarlah jadi sejarah. Sekarang 99% cinta Ria itu milik siapa?” Khairil bertanya
setelah lama mendiamkan diri.
“99%
itu milik Allah dan 1 % untuk Ria. Selama ini Ria lupa Allah sentiasa ada untuk
Ria. Dia sentiasa melimpahkan nikmat untuk Ria. Syukur Ria masih berpeluang
sedar dengan kesilapan selama ini. Sekarang Ria mahu cintakan diri sendiri.
Jaga diri untuk kebaikan diri sendiri.” Riana tersenyum. Betapa selama ini dia
terlalu mengejar cinta manusia yang melalaikan. Tega menyakiti hati manusia dan
akhirnya hatinya juga telah di sakiti.
“Baguslah
Ria sedar. Cinta pada Allah itu lebih hakiki. Dulu masa Ria putuskan hubungan
kita. Khai selalu meyendiri, menyangka bahawa sudah tiada serinya hidup bila
cinta Ria hilang. Tapi Alhamdulillah bila Khai dekatkan diri dengan Pencipta,
baru cahaya cintanya itu sampai ke hati. Masa itu, Khai tahu rupaanya
perpisahan kita itulah salah satu cara Allah nak dekat Khai dekat-Nya.” Khairil
berkata lembut. Memang dia bersyukur masih di anugerahkan rasa cinta ini. Cinta
yang teragung untuk yang Maha Esa.
“Allah
kurniakan rasa cinta-Nya kepada kita dalam bentuk yang berbeza kan. Tapi rasa
cinta itu tetap sama. Kita rasa tenang dan sentiasa bahagia.” Riana menzahirkan
kata cintanya.
“Betul.
Jadi jagalah hati.” Khairil berkata dam membawa tangan ke dadanya. Riana
tersenyum senang.
“Ria
kalau nak datang UK. Khai boleh jadi pemandu pelancong. Just give me a call. I’ll be
there for you.” Riana hanya mengangukkan kepalanya dengan pelawaan lelaki
itu.
“Insya’Allah
ada rezeki Ria sampai sana. Itu Kak Ina dengan yang lain dah sampai” Tangan
segera dilambaikan apabila mereka sudah nampak dirinya dan Khairil. Pelukan
terus diberikan kepada Kak Ina dan Mama Khairil, tersenyum senang mereka
melihat dirinya yang sudi menghantar pemergian mereka ke UK untuk bercuti di
sana. Sementara Khairil pulang semula ke UK setelah sebulan cuti belajar di
Malaysia.
“Lain
kali Kak Ria kena ikut sekali pergi UK tau.” Intan sibuk sahaja mengajak Riana.
“Insya’Allah
kalau ada rezeki.” Mereka terus tersenyum dengan jawapan. Ya dia sangat
berharap semoga dapat pergi ke negara empat musim itu. Semoga Allah memakbulkan
doanya.
Langgan:
Catatan (Atom)