Jom Mengendap Cenderahati Comel

02 Februari, 2012

Cubalah Untuk Setia!




Gadis ini memang cantik. Kulit putih melepak, mata galak memandang, bibir merah mempesona. Apabila tersenyum terserlah lekuk kecil di pipinya. Serasa ingin dicubit lesung pipit itu. Tapi… sayang, seribu kali sayang. Kekasihnya sedang sibuk mengulit di sebelah si jelita. Jika tiada kekasih hatinya itu sudah lama dia mendekat. Gadis ini memang unik. Sekali pandang terus dia jatuh cinta, dan bila berkali-kali di pandang semakin dia tergolek. Siapakah gadis ini?
“Awak tengok apa tu Azim?” Syakila sedar sejak tadi bola mata Hazim asyik merenung ke arah belakangnya. Segera dia menoleh. Tiada apa yang menarik. Meja di belakang mereka juga kosong.
“Tak ada apa. Tadi saya tengok orang kat belakang awak tu macam kawan saya. Tapi dia dah pergi pula.” Masakan dia mahu berterus terang. Ini rahsia dunia.
“Patut lah tenung macam nak tembus dinding.”
“Takut salah orang.” Kalau lah Syakila tahu yang dirinya sibuk menikmati kejelitaan ciptaan Tuhan, pasti bakal terjadi perang teluk di restoran ini juga. Wanita ini cemburu buta.
“Kita makan cepat sikit ya. Lepas ni saya nak pergi site.” Hazim melajukan suapannya selaju fikirannya yang menerawang memikirkan wajah jelita tadi.
++++++
“Auch!” Riana mengosok bahunya yang terlangar tembok bangunan restoran. Itulah sibuk mengendap orang.
“Ria.. Ria.. Jalan mata pandang dekat mana?” Bukan Khairil tak nampak Riana jalan menghala ke tembok batu tadi, ingin di capai tangan Riana dari  melanggar tembok batu itu tapi gerak kaki kekasihnya itu terlalu pantas dan tak sempat untuk dihalang.
“Sini..” di usap perlahan bahu Riana. Kasihan pula bila melihat muka itu memerah menahan sakit.
“Ria tengok apa tadi? Sampai nak teleng kepala. Tertoleh-toleh kepala tengok belakang.”
Riana tersenyum sumbing. Salahnya sendiri. Matanya sibuk mengkaji wajah kacak berbaju biru laut tadi. Memang handsome mamat tu. “Eh… Ria perasan tadi macam ada  bekas cousemate University dulu. Nak pastikan saja, tak sedar pula sampai dah bertembung dengan tembok.”
“Dah tu, kenapa tak tegur?” Khairil memimpin kejap tangan kekasihnya semasa melintas jalan. Kekasihnya ini cuai sedikit.
“Takut salah orang.” Kalau dia pergi tegur jejaka kacak itu, alamat menanggislah kekasihnya ini. Meraung tak berlagu.
“Aik… sejak bila pandai takut ni? Selalu okey saja.” Setahunya kekasihnya itu seorang yang peramah. Tiba-tiba bertukar karakter jadi pemalu. Hairan.
“Entah…  Petang nanti teman Ria pergi Jakel tau. Nak beli baju kurung untuk majlis Kak Nisa.” Malas Riana mahu menambahkan kebohongannya, terus dia melencongkan cerita. Penat nak fikir.
“Okey Madam.” Khairil terseyum. Untuk buah hatinya ini, apa pun dia sanggup!
+++++   
Riana meliarkan matanya ke setiap meja untuk mencari tempat kosong. Bila ternampak ada meja kosong di sudut kiri khemah, segera di tarik tangan Amira.
“Meriah kan majlis bila orang ramai macam ini.”  Penuh ruang hadapan rumah Kak Nisa di banjiri tetamu. Empat buah khemah yang terpasang hampir tidak dapat menampung bilangan tetamu yang semakin bertambah.
“Biasalah kenduri dekat kawasan Felda memang macam ini lah. Meriah.” Amira membasuh tangan dan mula menyuap nasi minyak. Sedap.
First time aku pergi Felda, memang tak rugi kita datang jauh-jauh.” Sambil menyuap nasi matanya merayap ke sekeliling rumah Kak Nisa. Tetamu yang ramai semua dengan gelagatnya yang tersendiri.
“Kau kahwin nanti mesti meriah macam ini juga.” Hampir sahaja Riana tersedak apabila disebut hal kahwin . Air di atas meja segera dicapai.
“Kau ni tak ada cerita lain agaknya, nak cerita bila tengah makan. Nasib baik aku tak mati tercekik tadi.” Riana mengucap panjang. Amira mengusap belakangnya perlahan. Rasa bersalah lah tu.
“Sorry lah. Tapi betul kan aku cakap. Kau tu memang dah layak kahwin. Khairil pun lama tunggu kau.”
“ Ish.. Tolonglah aku tak sedia lagi.” Riana kata bersahaja.
“Kau nak tunggu sedia sampai bila?” Pandangan Amira menikam tajam. Apa yang ditunggu Riana, dia pun tak tahu. Sudah mempunyai pekerjaan tetap dan taraf hidup yang stabil. Apatah lah kekasih hati yang baik dan begitu mencintai dirinya.
“Aku harap berkat pergi majlis Kak Nisa ni cepatlah jodoh kau.”
No comment.” Riana terus menyudahkan makan. Bukan boleh di layan sangat Cik Amirah ini. Nanti semakin bertambah pula tazkirahnya.
“Jom pergi tengok pengantin.” Bila dilihat Amira sudah mencuci tangan terus di ajak temannya itu
“Jom.” Pantas juga Amirah bersetuju.
+++++
“Tahniah Kak Nisa. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.” Riana dan Amirah memeluk dan cium sayang pengantin baru.
“Kak Nisa nampak cantik sangat.” Riana memuji ikhlas. Nampak sungguh seri pengantinnya. Terbias kebahagian melalui senyuman bahagia Kak Nisa.
“Terima kasih sudi datang jauh-jauh.”
“Tak apa Kak, jauh tapi berbaloi. Meriah, Ana suka.” Riana meliarkan matanya di bilik pengantin yang bertemakan biru turquoise dan cream. Nampak cantik dan menarik. Di hujung satu sudut bilik pula kelihatan satu susunan hadiah berbagai saiz yang sudah mencecah pingangnya. Banyaknya hadiah bila kahwin. Untunglah orang kahwin.
“Banyaknya hadiah Kak Nisa.” Riana berkata sambil membelek hadiah yang ada.
“Biasa lah Ana. Sekali seumur hidup saja. Kalau jealous, Ana kahwin lah cepat-cepat.” Kak Nisa ketawa riang. Segera di tarik muncung panjang bila hal kahwin disebut lagi. Macam hari ini hari kahwin sedunia pula.
“Betul tu Kak, Mira sokong.” Mendengar kata Amira terus dicubit lengan gadis itu sehingga dia itu terjerit. Siapa suruh melawak di bilik pengatin.
“Sanding pukul berapa kak? Selalunya lepas zuhur kan?” di kerling jam tangannya sudah 2.02 minit petang.
“Bila-bila masa agaknya. Kita tunggu saja. Eh.. Khairil mana?” Seingat Anisa, Riana berjanji datang ke majlis perkahwinannya ini dengan kekasihnya. Tak kan lah kekasihnya di tinggalkan keseorangan di luar.
“Dia tak dapat datang. Pergi Kuantan. Mak cik dia masuk Hospital.”
“Sakit apa?” Kak Nisa bertanya prihatin.
“Terjatuh dalam bilik air masa nak ambil wuduq solat subuh.” Riana hanya membuat muka selamba dan sibuk menilik hantaran Kak Nisa pula.
“Berani pula dia lepaskan buah hati dia pergi jauh? Selalu bukan main kedekut?”
“Dah bagi ayat baik Kak. Lagipun kenduri Kak Nisa tak kan Ana  tak datang”  Memang pada mulanya Khairil berat hati membenarkan dia pergi berdua sahaja dengan Amira. Apatah lagi ini kali pertama mereka menjejakkan ke daerah Kota Tinggi. Tapi dia keraskan hatinya dan memujuk bahawa dia akan menjaga diri dengan baik. Malah sampai terpaksa berjanji akan menghubungi lelaki itu setiap tiga puluh minit. Memang over protective pakwe dia ni.
“Kakak, marilah kita jaga tol.” Adik kak Nisa yang sejak tadi mendiamkan diri menarik Riana berdiri sama ke depan pelamin.
“Tol?” Riana bertanya hairan.
“Tol pengantin. Adat dekat Johor memang macam ini. Nanti kita minta duit tol dekat pengapit lelaki.” Riana tercenggang. Majlis dekat KL tak ada pula. Macam menarik.
Rombongan lelaki tiba dengan paluan kompang yang menceriakan suasana. Tiba- tiba ramai pula yang menyertai kumpulan tol mereka. Bila pengantin sudah di hadapan tol, masing-masing menadah tangan. Riana yang terpinga juga mengikut menadah tangan.
“Kalau nak jumpa pengantin perempuan kena bagi tol dulu.” Leeya adik Kak Nisa bertindak selaku ketua tol. Masing-masing tergelak kecil dengan tawar menawar yang berlangsung. Riana hanya terdiam bila bertentang mata dengan pengapit lelaki. Tak sangka, kecil Malaysia ni. Dia hanya tersenyum senang bila menerima lima sampul duit tol. Penjaga tol lain mula bising. Kenapa mereka hanya mendapat satu sampul sahaja? Entah. Dia pun tak tahu.
 +++++
“Saya rasa macam pernah nampak awak lah.” Hazim menyapa gadis cantik dihadapannya. Masakan Hazim boleh lupa wajah jelita ini. Tidur malamnya sering tergangu termimpi-mimpikan wajah ini.
“Agaknya lah. Saya tak ingat pula.” Riana pun sama bermain tarik tali. Sengaja di pamerkan muka terpinga-pinga.
“Awak duduk KL kan. Saya pernah nampak awak dekat restroran Bayu. Dengan buah hati awak.” Hazim mencuba nasib.
“Betul lah agaknya. Saya memang selalu makan di situ.” Sememangnya benar apa yang di katakana Hazim itu. Dia masih ingat wajah ini semasa di makan tengah tengah di restoran itu dua minggu lalu. Wajah yang meyebabkan bahunya bengkak terlanggar tembok!
“Kekasih awak tak ikut?” Hazim cuba beramah.
“Dia balik kampung. Mak cik dia  sakit.” Kalau Khairil ada bersama dia sangat ini. Riana sangat pasti lelaki ini tak akan berpeluang duduk di sebelahnya seperti sekarang.
Girlfriend awak tak ikut?” Riana pula yang bertanya.
“Eh.. saya mana ada girlfriend. Masih belum jumpa yang berkenan di hati.” Riana hanya tersenyum sumbing. Lelaki hidung belang memang itulah alasannya. Bukan dia tidak nampak dulu lelaki ini duduk makan dengan kekasih hati.
+++++
“Ria!” Riana sedikit tercenggang bila namanya di panggil kuat.
“Kenapa Khai jerit-jerit ni. Ingat orang dah pekak agaknya” Dia pegang telinganya. Rasa berdengung.
“Khai dah panggil sayang banyak kali tapi tak sambut juga, Khai jerit lah. Menung apa? Khai depan mata ni pun tak dipedulikan.” Jelas muka Khairil yang masam. Mesti merajuk di biarkan bercakap seorang diri.
Sorry, Ria cuma terfikir kalau Ria jadi macam dulu.” Dia terdiam seketika. Mahu mengumpul ayat. “Agaknya awak dapat terima saya lagi tak?”
“Soalan jenis apa ni?’ Khairil pandang mata Riana dalam. Sungguh dia kaget dengan soalan buah hatinya itu. Jangan cakap kekasih hatinya ini ingin mengulang sejarah lama. Dia tak sanggup.
“ Ria nak tahu saja. Itu pun nak serius.”
“Walau apa pun yang terjadi, Khai tetap sayang Ria. Walau jika ditakdirkan Tuhan, Ria bukan jodoh Khai.” Sungguh Khairil sayangkan Riana. Walau Riana pernah menusuk jantung hatinya sehingga hampir lumat, dia tetapkan cintakan Riana. Cintanya tiada batasan.
“Tapi kali ini Ria janji. Jika Ria buat lagi sekali, ini akan jadi penamat cinta kita.”
Sssh… sayang jangan cakap macam ni. Ria tahu kan Khai sayang Ria sangat-sangat.” Kenapa dengan Ria hari ini. Sikap Ria membuatkan hatinya berdebar kencang.
“Ria dapat rasakan cinta Khai terlalu utuh, walau apa yang Ria dah buat pada Khai, Khai tetap setia di sisi Ria.” Ria cuba tersenyum tapi ternyata senyumnya kekok.
“Ria.. Pandang Khai.” Di tarik bahu Riana menghadap dirinya. Hatinya pilu apabila perasan ada air jernih yang mengalir di pipi mulus buah hatinya.
“Kalau betul benda macam dulu terjadi lagi..” Khai menarik nafas panjang. Terlalu sukar untuk dia menyudahkan kata. “Bila dia adalah pilihan Ria yang dapat membahagiakan Ria. Khai sanggup mengalah.” Riana terkedu. Sungguh tinggi nilai cinta Khairil Hanafi. Dia sahaja yang terlalu bodoh pernah mencemarkan cinta mereka.  
+++++
Riana memandang sahaja Hazim yang buat pembayaran kepada mak cik kedai. Di pandang lelaki itu lama. Lelaki ini walau dipandang dari jauh sahaja sudah nampak aura ketampanannya. Dengan tubuh tinggi lampai dan sasa sahaja sudah mampu menarik wanita untuk mengetahui wajahnya pula. Apabila terpandang wajahnya pula pasti akan terpesona dan membuatkan si dara memandang untuk kali kedua.
“Jom.” Berdiri sahaja Hazim di sisiya terus di ajak pemuda itu pergi.
“Kita nak pergi mana lepas ni?” Hazim mengikut sahaja langkah Riana yang semakin pantas.
“Balik lah.” Riana menjawab pantas.
“Tak kan kot.”
“Ya lah. Urusan kita dah selesai.” Langkah kaki semakin di lajukan. Malas nak melayan lelaki buaya darat ini. Gelodak hatinya sekarang semakin mengganas. Takut jika dia terus di samping lelaki itu, dia akan tergoda. Mintak di jauhkan.
“Ana sekejap.” Tangan gadis itu lantas di gengam. Hazim mengeluh bila perasan pandangan tajam Riana di tanganya itu. Dia bukan sengaja mahu mengambil kesempatan menyentuh tangan gadis ini. Tapi Riana jalan laju sangat, terpaksa di paut tangan itu.
Okey sorry. Saya tak sengaja.” Di angkat tangannya menjauhi jemari Riana. “ At least, benarkanlah saya belanja awak makan sebab sudi temankan saya beli ini.” Riana pandang sahaja beg plastik merah yang berisi Pisang Tanduk. Nampaknya keputusan melawat Kak Nisa pagi tadi memang tidak tepat. Sudahlah dia datang seorang sahaja melawat Kak Nisa yang hamil lima bulan dan tidak di sangka rupanya Kak Nisa juga mempunyai tetamu lain. Adik iparnya, Hazim.
Asyik melayan drama Melayu, tiba-tiba Kak Nisa kata dia mengidam pisang tanduk untuk di buat pisang goreng. Dikerah adik iparnya carikan pisang tanduk di tengah hari yang panas. Hazim pula seperti kera mendapat bunga terus di ajak dirinya sekali pergi mencari. Alasannya lelaki itu tak tahu rupa Pisang Tanduk. Dia tahu makan sahaja. Habis ingat Riana pun tahu lah. Mereka ini sama sahaja, tak tahu nama-nama spesis pisang. Nasiblah mereka dapat juga Pisang Tanduk berkat pertanyaan kepada mak cik kedai.
“Awak ini mengigau di siang hari agaknya. Kak Nisa dekat rumah tu dah tunggu pisang tanduk dia. Awak sibuk nak pergi makan-makan pula” Riana bersuara nyaring.
“Alah banyak lah alasan awak. Cakap sajalah sombong.” Hairan Hazim dengan perangai si jelita ini. Dari mula mereka memulakan perjalanan hingga sudah mendapat barang yang mereka kehendaki susah sangat untuk Riana membuka kata. Setiap soalan di jawab acuh tak acuh.
“Memang sombong pun. Dah balik.” Di berikan jelingan kepada Hazim dan terus langkah di halakan ke arah Toyota Hilux pacuan empat roda Hazim. Dia mahu cepat sampai ke rumah Kak Nisa dan cepat pulang ke rumahnya. Sesak nafasnya melihat terus muka lelaki ini.
++++
“Saya tahu awak dah ada kekasih.”
“Tapi saya tak cintakan dia. Saya sanggup berpisah dengan dia kalau Ana sud..” Kata-kata Hazim segera Riana pintas. Dia tak rela mendengar kata-kata perpisahan untuk seorang wanita. Apatah lagi jika dia punca perpisahan itu.
“ Saya tak sanggup nak lukakan hati Khairil. Dia terlalu baik dan setia.”
“Tapi awak bahagia dengan saya kan.” Penat Hazim menyakinkan gadis idamannya ini. Pelbagai hujah telah diberikan tetapi pelbagai alasan juga yang diterima.
“Saya sentiasa bahagia dengan Khairil.” Di tatap wajah Hazim. “Entahlah. Saya tak tahu nak pilih yang mana satu.” Sungguh Riana pening. Kedua-dua jejaka itu ada dalam hatinya.
“Jadi pilih lah saya.” Pantas sahaja Hazim menyatakan pilihan.
“Senangnya awak bercakap. Apa jaminan kalau kalau saya pilih awak?”
“Saya janji saya akan setia, akan cintakan awak sampai akhir hayat saya.” Walau Riana bukan kekasihya yang pertama. Tapi inilah kali pertama dia benar-benar jatuh cinta. Hanya Riana yang mampu membawa dia ke alam bahagia seperti sekarang.
“Sukar untuk dipercayai. Sekarang pun awak boleh curang dengan kekasih awak. Tak hairan nanti saya pun terima nasib yang sama.”
“Saya janji Ana. Hanya awak di hati saya. Saya tak perlukan orang lain. Hanya awak.” Mata Hazim yang redup di pandang sayu. Ah.. dia buntu untuk memilih. 
“Saya tak tahu Hazim. Berikan saya masa.”
“Ambil lah seberapa masa yang awak nak. Tapi ingat yang saya akan sentiasa cintakan awak.”
Sungguh ini semua di luar dari jangkaan Riana. Tidak sangka perangai playgirlnya kembali. Figura kacak Hazim berjaya mengongcang kesetiaannya. Sejak peristiwa di rumah Kak Nisa dulu semakin kerap pula mereka bertemu. Apatah lagi Riana mudah sahaja  tergoda dengan sikap gentleman Hazim yang melayan perangai dinginnya dulu.
Kini, dia benar-benar tersepit. Dia tahu cintanya masih utuh kepada Khairil. Kekasih yang terlalu baik untuk terus dikhianati. Sepanjang tiga tahun perhubungan mereka sudah dua kali dia mempermainkan hati itu. Tapi kekasihnya masih setia dan menerimanya, adilkah untuk dia mencalar kepercayaan kekasihnya itu sekali lagi?  
 ++++
Khairil pandang sahaja keletah Intan anak saudaranya yang bermain gelongsor dengan rakannya. Riana di sebelahnya sejak tadi masih mendiamkan diri.
“Apa pun keputusan Ria, Khai terima.” Riana terjeda.
“Khai cakap apa ni?” Dari sikap Khairil yang tenang membuatkan hatinya semakin perit. Lelaki ini  terlalu tenang.
“Khai dah rasa ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan kita ini. Dulu pun Ria pernah macam ini juga.” Khairil berkata terus terang.
“Macam mana apa?” Riana cuba berteka teki.
“Hati tak tenang sebab dalam hati dah ada lelaki selain Khai.” Khairil hanya tersenyum nipis. Tersenyum untuk menutup kegalangan hati sendiri. Alangkah indah jika dia boleh jadi seperti Intan. Jadi kanak-kanak semula. Bebas bermain tak perlu memikirkan hati dan perasaan.
“Ria…” Riana cuba berkata. Tetapi hampa dia kehilangan kata.
“Tak perlu minta maaf sayang. Cinta Khai memang tak cukup sempurna untuk Ria. Sebab tu…” Bibir Khairil segera Riana tutup dengan jarinya. Dia tak sanggup mendengar kata duka dari kekasihnya itu. Hati yang telah di lukai lagi.
“Ria minta maaf. Ria tahu Ria salah. Tak pernah nak hargai cinta kita. Ria…” terlalu banyak yang ingin di katakana tetapi katanya tersekat lagi apabila melihat wajah tenang kekasihnya. Wajah yang menanggung duka.
“Tak guna untuk menyesal sekarang sayang. Andai jodoh kita sampai disini sahaja, Khai tetap bersyukur dengan keindahan cinta yang sementara ini.” Khairil melepas pandang ke arah Intan kembali. Hatinya tak cukup kuat melihat air mata Riana.
“Boleh Ria janji sesuatu dengan Khai?” Matanya memandang tepat ke mata bening Riana. Masih ada sinar cinta itu tapi sudah di cemari dengan cinta untuk lelaki lain juga. Terlalu perit dirasakan luka yang ditinggalkan kekasihnya ini.
“ Janji apa?” Dia memandang wajah kekasihnya sayu.
“ Janji dengan Khai untuk setia. Cubalah untuk setia. Biarlah cinta yang baru tumbuh ini cinta terakhir untuk Ria. Jangan curangi lagi cinta ini sebab ianya sakit Ria. Terlalu sakit.” Khairil hulurkan senyuman pahit kepada Riana yang sejak tadi hanya mengalirkan air mata. Sungguh tidak sangka cinta Riana untuknya di curangi lagi.
“ Apa pun keputusan Ria, Khai terima dan ingat Khai akan sentiasa simpan cinta kita di dalam hati ini.”
“Maafkan Ria. Ria dah buat keputusan” Puas dia memikirkan perkara ini selama ini. Hati Khairil tak ingin di lukai lagi. Cukuplah dulu.
+++++
Kertas A4 berwarna biru ini di pandang pelik. Di belek-belek kertas itu depan belakang. Kosong, suci bersih dari sebarang tulisan. “Nak buat apa dengan kertas ini?” Hazim lihat sahaja perlakuan Riana yang mengeluarkan pen dari tas tangan gadis itu.
“Ambil ini.” di sambut sahaja pen yang di hulurkan gadis itu.
“Apa yang Ana cakap kalau Azim setuju, Azim tulis.” Riana duduk tegak mengadap lelaki tampan pujaan ramai ini. Dia perlu mengambil tindakan drastik bagi menjaga jiwa raganya.
“Awak nak cakap apa? Ini permainan apa?” di pandang saja muka serius Riana. Tidak pernah dia melihat rona wajah seperti ini sejak mereka bersama. Wajah yang penuh ketegasan.
Kertas dari tangan Hazim di capai dan ditulis sebaris ayat di ruangan atas. Kemudian di serahkan kembali kepada Hazim. “Ini bukan permainan tapi Aku Janji Cinta Kita.” Gadis itu bersuara tegas.
“Aku Janji Cinta Kita?” Hazim membaca perlahan tajuk yang di tulis Riana dengan dahi yang berkerut. Apa ini? Tak faham!
“Di sebabkan sejarah cinta kita dimulakan dengan kecurangan terhadap bekas kekasih masing-masing. Jadi Ana buat keputusan buat Aku Janji Cinta Kita untuk jamin kesetian kita. Aku Janji yang akan simpan syarat-syarat cinta kita berdua.” Aku Janji ini amat penting kepadanya apatah lagi bila mengingatkan janjinya kepada bekas kekasihnya dahulu. Khairil yang sentiasa  mengingatkannya untuk setia kepada cinta ini.
“Perlu ke? Ana tak percaya dengan cinta saya? Cinta tak bersyarat sayang.” Hazim memujuk kekasih hatinya.
“Percaya. Tapi Ana perlukan kepastian!” Berkasih dengan bekas Kasanova ini membuatkan hatinya kadang kala di cuit rasa akan ditinggalkan.
Okey. Azim akan ikut kalau ini dapat buktikan keikhlasan cinta pada Ana.” Kertas biru di ambil dan di tuliskan namanya. Mohd Hazim Bin Mohd Ariffin.
“Apa yang Ana cakap, Azim tulis kalau rasa ia relevant dan mampu untuk Azim kotakan.” Hazim mengangukkan kepala sahaja tanda faham. Setiap kata yang terbit dari kekasihnya didengar dengan sepenuh hati. Kadang dia tersenyum kadang tercengang dengan kata Riana. Tak sangka dengan syarat yang dikenakan kepadanya.
“ Siap.” Kertas Aku Janji Cinta Kita diserahkan kepada Riana.
Riana hanya tersenyum melihat tulisan kemas kekasihnya. Maklumlah jurutera, tulisannya pun sentiasa kemas dan tersusun. Dibaca syarat dan keinginan Hazim perlahan.
“ 1. Saya akan sentiasa sayang kekasih sayang tidak kira di mana saya berada.”
“ 2. Tak mengurat wanita lain selain kekasih saya Nur Riana Syafiqah.”
“ 3. Tak akan pandang mata wanita lain kecuali ahli keluarga sahaja, kerana kata kekasih saya dari mata jatuh ke hati.”
“ 4. Saya akan pastikan dia tak menanggis kerana saya, sebab saya sayang dia!”
“ 5. Tak akan ada rahsia di antara kita.”
“ 6. Saya akan call kekasih saya setiap hari apabila sahaja bangun daripada tidur.”
            “7. Kami akan berkasih berlandaskan kasih sayang kepada Tuhan. Kami akan menjaga kehormatan diri masing-masing sebagai umat Islam.” 
“Puas?” berdasarkan riak muka Riana sahaja dia tahu, kekasihnya itu berpuashati dengan kata janjinya itu. Memang kerja gila. Tidak pernah dia membuat perjanjian seperti ini sepanjang 30 tahun bernafas di bumi ini. Memang Nur Riana Syafiqah terlalu istimewa.
“Ana terima. Kali ini Hazim pula beritahu apa syarat untuk Ana.” Kini giliran Riana pula mendengar suara hati kekasihnya dengan teliti. Riak wajahnya serius dan sesekali tersenyum membuatkan Hazim turut tersenyum senang. Bila kerja menulisnya selesai lantas diserahkan kertas biru muda itu kepada Hazim.
“1. Saya Nur Riana Syafiqah akan sayang Mohd Hazim bin Mohd Ariffin selagi dia setia pada saya.” Hazim memandang Riana tajam. “Selagi saya setia? Awak ni tak percaya saya ke?”
“Memang saya tak percaya pun. Lelaki ni lidah bercabang. Memang itu kenyataannya.” Riana berikan jelingan tajam kepada kekasihnya. Malas mahu memanjangkan perbalahan, Hazim menyambung semula bacaan Aku Janji mereka.
“2. Saya tak akan melayan lelaki lain dengan terlalu mesra supaya mereka tidak jatuh cinta dengan saya.” Hazim tersengih sahaja apabila syarat yang dikenakan untuk kekasihnya tercacat di dalam perjanjian mereka.
“3. Saya akan belajar masak sebab Hazim kata dia suka makan masakan orang tersayang.”
“4. Saya akan belajar memakai baju kurung bila hari bekerja kerana kekasih saya kata saya nampak lebih cantik bila berbaju kurung.”
“5. Kami akan bercinta mengikut landas Islam. Menjaga diri dari perkara yang membawa kepada maksiat. Harap kami jadi menjadi muslim dan muslimah yang di redhai Allah.
“Oleh itu, kami berjanji untuk mematuhi peraturan cinta ini. Kami bersetuju jika salah seorang daripada kami melanggar syarat ini, cinta kami akan terbatal.”
“Cinta terbatal? Dah macam kontrak saja.” Hazim mengeluh perlahan. Kekasihnya ini terlalu trauma ke sampai perlu menggunakan ayat seperti ini.
Yup. Cinta kita akan terbatal. Jika awak atau saya melanggar syarat kita. Tak guna untuk kita terus bersama kerana cinta kita masa itu akan dipenuhi tipu muslihat. Dah tak ada kejujuran.”
“Baiklah. Sini saya tandatangan.” Segera Hazim turunkan tandatangan di bawah namanya. Sudah seperti membuat perjanjian perniagaan pula.
Sebaik Riana menyimpan Aku Janji cinta mereka, sepi mula menyelubungi mereka. Riana ralit memandang awan. Hazim pula melayang fikiran entah kemana.
“Saya janji akan setia.” Hazim menyakinkan kekasihnya.
“Hmm..” Riana hanya terus memandang awan. Tenang.
“Percayalah.”
Okey.” Riana menganguk dan memberikan senyum kepada kekasihnya. “Kita pergi makan Ice Cream jom.” Segera dia bangun dari kerusi kayu. Bila sudah bagun, baru terasa sengal akibat terlalu lama duduk di kerusi keras. Terasa sengal-sengal.
“Jom. Saya ingatkan awak tak nak makan tadi. Tengok awan pun dah kenyang.” Riana hanya ketawa kecil. Masakan melihat awan sahaja sudah kenyang. Semakin lapar adalah.
+++++
Diusap lembut kain itu dari tadi. Struktur kainnya yang lembut memikat hati. Apatah lagi warna ini adalah warna kegemaran Hazim.
“Nak tenung kain tu sampai tembus ke?” Ariana hanya tersenyum sahaja dan meliarkan mata pula ke pasmena yang lain. Koleksi pasmena di kedai ini memang cantik dan  memikat hati tapi pasmena biru tadi lebih menarik perhatiannya.
“Cantik kain ini. ” Hazim berkata perlahan. Riana melihat sahaja bila Hazim sudah mengambil tugas membelek pasmena biru tadi.
“Kalau Ana pakai mesti cantik kan.” Hazim mengambil kain itu dari penyangkutnya lalu di sarungkan di kepala Riana. Cantik.
“Cantik kan.” Di tarik tangan Riana ke hadapan cermin. Terbias wajah cantik kekasihnya itu.
“Memang cantik. Azim rasa Ana sesuai ke bertudung?”
“Kenapa pula nak tanya sesuai tak? Pakai tudung kan salah satu cara menutup aurat. Itu syariat Islam.” Riana terjeda mendengar. Ya, dia sahaja yang selama ini menidakkan tuntutan Allah itu. Walau dia tidak berpakaian menjolok mata tapi dia tetap harus menutup aurat dengan sempurna.
“Azim belikan Ana tudung ini. Dekat rumah nanti boleh praktis.” Tanpa menunggu jawapan Riana. Pasmena biru itu terus di bawa ke kaunter pembayaran. Jika menunggu Riana berfikir memang tak akan keluarlah mereka dari kedai ini sampai ke malam.
+++++
Pegangan di jemari dileraikan perlahan. Terkesan wajah Hazim yang terkejut. “Kenapa?” Nyata lelaki itu sedikit terpingga dengan penolakan Riana.
“Ana rasa sekarang kita perlu jaga batas kita sebagai orang Islam. Hubungan di antara kita adalah bukan muhrim. Rasa tak elok kalau kita bersentuhan selagi tak ada ikatan.” Riana berkata lembut.
“Memang tak elok. Tapi selama ini Ana tak kisah pun.” Sejak kekasihnya ini sudah berhijab. Sedikit demi sedikit sinar Islam semakin terbias dalam kehidupan seharian mereka. Perubahan yang menjadikan hidupnya semakin sempurna.
“Sejak Ana bertudung ini, Ana dapat rasa satu perasan tenang. Setiap perbuatan rasa di lindungi. Malah tudung ini memberikan satu tanggungjawab. ” Riana memberitahu.
“ Tanggungjawab?” Hazim kerut kening.
“Tanggungjawab untuk menjaga kesucian Islam. Sebagai wanita yang berhijab, Ana rasa kewajipan untuk menjaga nama Islam ada dibahu Ana sekarang ini. Penampilan, perbuatan, percakapan kita semua perlu melambangkan sebagai seorang Islam. Dari situ, barulah kita akan merasai keindahan Islam itu sendiri.” Riana tersenyum. Perasaan dia memang berlainan dengan perasaan sebelum berhijab dahulu. Perasaan tenang itu datang dengan sendirinya. 
“Hazim rasa bertuah dapat kekasih macam Ana. Alhamdulillah. Kita sama-sama berubah untuk kebaikan.” Memang diakui kata-kata Riana itu benar. Mereka sebagai orang Islam memang perlu menjaga kehormatan Islam.
+++++
Wajah itu semakin bersih. Masih tenang. Itulah bekas kekasihnya. Masih lagi menyejukkan mata dan hatinya.
“Khai sihat?”
“Alhamdulillah sihat.” Lelaki itu menjawab tenang.
“Ria?”
“Alhamdulillah Ria pun sihat. Lama tak jumpa kan.” Seingat Riana pada awal perpisahan mereka, Khairil masih berhubung dengannya melalui khidmat pesanan ringkas, tetapi hubungan mereka terputus bila memasuki bulan ketiga perpisahan mereka.
“Khai tak ada di Malaysia. Sambung belajar di UK. Kebetulan phone hilang sebelum berangkat. Tak dapat nak maklumkan Ria.” Setelah hampir setahun mereka terpisah, tak sangka dia masih berkesempatan bertemu Riana hari ini. Terlalu istimewa pertemuan mereka. Bertemu dirumah Allah.
“Kenapa tak bagitahu guna email?”
“Khai rasa tak penting untuk dimaklumkan pun. Ria pun tak pernah kirim email.” Hubungan mereka telah terputus. Tidak wajar untuknya terus menghubungi gadis ini. Dia takut jiwanya tidak kuat untuk melepaskan gadis ini pergi. Malah penampilan baru gadis ini seakan mengamit rindunya kembali.
“Ria.. nak sangat kirim email pada Khai, tapi Ria takut Khai tak sudi nak berkawan dengan Ria lagi. Ria takut Khai dah benci pada Ria. Dah lupakan Ria”
Khairil hanya tersenyum sahaja melihat riak bersalah bekas kekasihnya itu. Sungguh dia rindu dengan Riana. “Tak ada sebab untuk Khai benci dan lupakan Ria. Kalau hati dah sayang. Buat lah apa saja. Kita akan sentiasa memaafkan. Khai dah lupakan kisah lama.”
“Khai memang baik kan. Bertuah siapa yang dapat Khai. Dah ada pengganti?” Melihat gelengan Khairil, Riana diterpa rasa bersalah. Adakah luka dihati lelaki ini masih berdarah?
“Tak payah buat muka sedih Ria.” Khairil mengelengkan kepalanya sahaja melihat kelatah Riana. “Khai tak ada masa nak cari pun, terlalu sibuk.”
Mereka terus melangkah keluar dari perkarangan Masjid Putrajaya. Riana menyepikan diri. Pertemuan mengejut ini membuatkan dia tidak dapat berfikir untuk menuturkan ayat yang sesuai. Tiba-tiba..
“Auch…” Khairil ketawa. Teringat kisah dulu.
“Sakit?” Di pandang wajah berkerut gadis itu.
“Sakit lah. Cubalah Khai langgar tembok. Rasa sendiri sakit tak.” Di usap dahinya yang mencium dinding masjid. Dipandang pula Khairil yang ketawa sejak tadi. Tak kesian kah tengok dia yang dalam kesakitan.
“Orang sakit, dia ketawa pula.” Mendengar bebelannya semakin kuat pula gelak lelaki itu.
“Ria..Ria.. ada sahaja benda yang Ria langgar kan. Sini Khai tengok.” Di rapatkan dirinya melihat dahi Riana.
“Eh parah ni. Kena pergi hospital, berdarah.” Mendengar sahaja penjelasan lelaki itu Riana terus mengambil cermin di dalam tas tangan. Terus dihalakan ke dahi. Namun apa yang terbias di cermin itu hanya tanda yang sedikit merah sahaja. Di pandang pula wajah Khairil dan lelaki itu ketawa besar sekali lagi.
“ E… jahat. Tipu.” Riana berkata geram.
“Siapa suruh percaya.” Mendengar alasan Khairil membuatkan dia menarik muka.
“Khai rindu nak tengok mulut muncung Ria selama ini. Tak sangka ada rezeki tengok hari ini.” Riana hanya tersenyum sahaja. Memang dia pun rindu dengan lawak jenaka lelaki ini.
“Ria pun rindu pada ketawa Khai. Tak sangka hari ini ada rezeki tengok Khai ketawakan Ria.” Khairil ketawa lagi. Gadis ini masih seperti dulu. Tidak boleh kalah.
“Kita kawan?” Riana pandang Khairil yang tersenyum.
“Okey. Kita kawan.” Kali ini Riana pula yang tersenyum.  
+++++
Keretanya dihentikan di hadapan rumah abangnya. Riana yang berceloteh dari tadi sudah mula menamatkan kata. Bila sahaja enjin keretanya di matikan Riana lantas membuka pintu kereta. Ditinggalkan dia keseorangan mengangkat semua barang. Barang mentah yang di pesan Kak Nisa tadi dia angkut dan bawa kedalam rumah.
“ Nah. Semua cukup. Adik ipar akak dah carikan semua yang akak nak.” Kakak iparnya ini sibuk menyuruh dia dan Riana mencarikan bahan untuk membuat Mee Kari. Kali ini dia mengidamkan Mee Kari buatan Riana pula untuk anak kedua.
            “Terima kasih Hazim. Ini yang akak sayang kau lebih.” Kak Nisa hanya tersenyum melihat bahan yang dibeli adik iparnya ini. Tanpa disuruh Riana terus membawa barang mentah itu ke dapur. Dia sudah arif dengan setiap sudut di rumah ini. Tempat dia selalu menghabiskan masa di dapur memasak makanan untuk kekasihnya Hazim. Sekarang untuk Kak Nisa pula.
Kali ini dia dibantu oleh Hazim untuk memasak. Lelaki ini dikerah untuk menolongnya kerana tidak mahu mengangu Kak Nisa. Orang mengandung tak boleh buat kerja yang berat-berat.
“Mee Kari kena letak ini?” Di tunjukkan batang serai kepada Riana.
“Kena lah. Serai untuk naikan bau harum masakan.” Riana mengaul kuah kari di dalam periuk. Sudah hampir siap. Lepas ini boleh terus hidang.
“Selalu tak ada pun.” Hazim pergi ke sinki membasuh tangan yang kotor menyediakan bahan masakan untuk kekasihnya.
“Siapa kata tak ada. Itulah pandai order saja. Dah dapat cantik macam ini, pandai masak kalau cari yang lain jugak, memang menolak tuahlah. ” Tiba-tiba sahaja Kak Nisa mencelah. Sungguh dia senang dengan kemesraan adik iparnya dan Riana. Walaupun pada awalnya dia kurang yakin dengan cinta bekas kasanova dan playgirl ini. Tetapi sehingga kini mereka masih kekal bertahan. 
“Eh.. mana ada. Tak cari yang lain dah.” Hazim ketawa sahaja dengan omelan kakak iparnya itu. Sering kali dia disindir seperti ini. Dia tahu kak iparnya itu berniat untuk mengingatkannya. Kekasihnya kawan baik kakak iparnya itu. Pastilah akan mendapat perlindungan yang ketat.
“Ya lah. Cik abang dan Kakak sayang. Jom makan. Mee kari sudah siap.” Riana hanya mengeleng sahaja dengan kerenah mereka. Beginilah situasi setiap kali mereka di dapur. Apatah lagi semasa dia mula-mula belajar masak dengan Kak Nisa dulu.
Hazim menarikkan kerusi untuk Riana duduk. Selesai mengambil makanan, tangan di angkat dan doa dibacakan. Tanpa membuang masa terus dia menikmati Mee kari buatan kekasihnya itu. Sedap.
“Sedap. Nanti nak Mee Bandung pula.” Hazim membuat permintaan.
“Amboi banyak cantik! Upah. Tahu makan saja.” Riana bersahaja menjawab. Tahu sangat dengan perangai Hazim yang satu ini. Kuat makan.
“Boleh sayang, cakaplah nak apa? Bulan bintang akan ku petikkan untukmu.” Dengan wajah penuh berperasaan dia membuat gaya memetik bulan dan bintang. Lagaknya terus sahaja mengundang ketawa Kak Nisa dan Riana.
“Eleh jiwang karat.” Kak Nisa lantas menjawab. Adik iparnya ini kalau bab mengayat memang juara.
 +++++
Lepas saja membasuh pinggan. Riana terus duduk di atas kerusi sofa putih susu. Rancangan dikaca TV nyata tak menarik untuk terus di tonton. Bosan menunggu Kak Nisa dan Hazim yang menunaikan solat. Suami Kak Nisa tak ada dirumah hari ni, menghadiri kursus di Terengganu. Anaknya pula sudah tertidur akibat terlalu lasak bermain. Bosan duduk keseorangan, dia capai telefon bimbit Hazim di atas meja kaca. Nak check facebook lah.
Ikon Facebook disentuh, dimasukkan email dan password untuk dingding facebooknya. Riana hanya tersenyum dengan balasan rakan-rakannya terhadap status yang dibuat dua hari lepas. Sedang sibuk melayan Rafidah di Facebook, masuk satu pesanan ringkas di telefon bimbit Hazim. Malas untuk diendahkan. Terus dia melayan Rafidah berceloteh tentang anaknya. Anak Rafidah yang berusia lapan bulan sudah pandai berjalan. Jalannya yang masih bertatih sering mengundang ketawa ahli keluarga. Kini masuk satu lagi pesanan di telifon bimbit Hazim. Riana pantas menjengukkan kepala ke tangga. Bayang Hazim masih belum kelihatan.
Memikirkan mungkin pesanan yang dihantar penting dan memerlukan jawapan yang segera. Riana pantas sahaja membuka peti masuk pesanan. Lagipun sebelum ini sering kali dia membaca dahulu pesanan ditelifon bimbit kekasihnya itu. Malah kadang kala kekasihnya itu yang menyuruhnya menjadi tukang balas. Tertulis nama pengirim adalah Hisham dan dua pesanan tadi adalah dari pengirim yang sama.
Riana membaca pesanan pertama yang di hantar Hisham. Lidahnya menjadi kelu. Dadanya terasa sesak. Terlalu sempit dirasakan untuk bernafas. Lantas pesanan kedua pula yang dibaca. Ternyata perasan semasa membaca pesanan pertama tadi adalah sama untuk pesanan kedua ini. Diperiksa pula semua pesanan keluar dan masuk di antara Hisham dan Hazim. Ternyata perasaannya bagaikan ditusuk sembilu. Tanpa buang masa Riana segera mendaftar keluar akaun Facebooknya. Telifon bimbit hazim dipegang erat.
Kelibat Kak Nisa yang turun dari tangga di pandang lembut. Riana cuba  sedaya upaya untuk tersenyum. “Ana nak balik awal lah kak. Ada hal pula dekat rumah.” Segera di utarakan keinginannya bila Kak Nisa mengambil tempat di sebelahnya.
“Lah awal lagi. Tapi tak apa lah. Terima kasih masakkan Mee Kari tadi. Sedap. Dah lulus nak jadi isteri orang.” Riana hanya ketawa kecil dengan ulasan Kak Nisa. Kini bayang Hazim pula yang muncul di ruang tamu. Bila melihat Hazim yang santai duduk di hadapannya terus di ajak lelaki itu menghantarnya pulang.
++++++
“Tadi Hisham message awak.” Riana berkata setelah lama mendiamkan diri
“Dia message apa?” Hazim terus menghalakan pandangan ke jalan raya yang sesak. Biasalah bila hari minggu orang ramai akan keluar beriadah.
“Entah lupa lah. Nanti awak tengok lah. ” Riana menyimpan senyum. Mana boleh dia lupa dua pesanan Hisham tadi. Tidak mungkin. “Esok kita jumpa dekat Alamanda boleh tak. Pukul tiga.” Esok akan ada perhitungan antaranya  dan Hazim. Perjanjian yang telah dimungkiri.
“Esok saya free. Saya ambil awak terus lah.” Sudah lama mereka tidak pergi ke Alamanda. Riana sahaja yang suka pergi ke sana. Katanya dia sukakan bandar Putrajaya yang cantik.
“Tak apa lah. Kita datang asing. Saya nak pergi tempat lain lepas tu.” Riana tetap dengan keputusannya.
“Kita pergi lah sama-sama.” Hazim memujuk.
“Tak apa. Saya nak pergi seorang sahaja.” Riana yakin selepas pertemuan mereka esok. Haluan mereka akan berbeza. Sudah tidak sehaluan.
+++++
Hazim menghenyakkan punggung ke atas sofa. Telifon bimbitnya lantas di ambil dari kocek seluar. Teringatkan peringatan Riana tadi yang Hisham menghantar pesanan kepadanya. Mahu apa sahaja lelaki itu. Pesanan pertama di buka.
Ini no girl Rahayu 0172356716. Kau mesti tackle girl ni sampai dapat J.’ Dia menelan liur. Terasa kelat. Pasti Riana sudah membaca pesanan ini. Apabila membaca pesanan kedua pula, peluh kian mengalir lebat di dahinya.
‘ Aku ingat kau dah retired dari bidang ni. Welcome back bro.’ Tanpa berlenggah panggilan terus dibuat untuk Riana. Panggilannya tak dapat di sambungkan. Riana matikan talian. Hazim memegang kepala. Ah pening kepala.
+++++
“Sebelum Ana nak buat apa-apa keputusan dengar dulu penjelasan saya.” Hazim terus sahaja berbicara apabila Riana melabuhkan duduk di hadapannya. Jiwanya kacau bilau sejak semalam. Wanita ini memang bisa menderanya secara psikologi.
“Cakaplah. Saya dengar.” Riana masih duduk tegak seperti tadi.
Message semalam bukan bermaksud saya mahu curang kepada Ana. Hisham bagi saya phone no. that girl hanya untuk suka-suka tak ada niat lain.”
“Tanpa niat lain? Apa niat awak yang sebenarnya?” Laju sahaja Riana mencelah.
One day saya keluar makan dengan dia, then dia yang sibuk suruh saya tackle that girl. Saya cakap kalau nak suruh saya tackle bagilah phone no girl tu. Saya tak sangka dia beri betul-betul. Tapi betul saya tak berniat langsung pun nak mengurat dia. Saya hanya sekadar bergurau dengan Hisham.  Phone number tu saya dah buang.” Hazim memberikan penjelasan.
“Saya tak percaya.” Hazim sudah jangka itulah ayat yang akan keluar dari kekasihnya itu.
“Tolonglah percaya. Betul saya tak tipu awak” Hazim sekali lagi cuba menyakinkan Riana.
“Saya tak percaya dan tak boleh percaya. Awak sememangnya ada niat untuk cuba curang dengan saya. ” Riana berkata tegas.
“Saya tak tipu Ana. Tak kan sebab dua message tu awak terus hilang percaya pada saya?”
“Saya memang dah hilang percaya pada awak bila saya baca message yang awak hantar pada Hisham.” Riana hanya tersenyum melihat muka terkejut lelaki di hadapannya itu. “ Aku tengah fikir plan nak tackle Rahayu. Aku kena mengasah balik skill kasanova aku dulu. Aku tackle dia hanya untuk suka-suka.” Riana menyebut setiap ayat yang dibacanya semalam. Hazim mengurut keningnya. Pening. Tak sangka perbuatannya telah terbongkar.
“Opps.. tapi ada satu message yang dapat menyentuh hati saya. Aku tetap sayang kekasih aku, tak ada siapa pun yang dapat ambil tempat dihati aku selain dia.” Riana ketawa kecil selesai berkata. Hatinya sedih. “Walau awak masih sayang saya, tapi saya tak boleh terima awak permainkan hati wanita lain.” Hatinya pedih. Kenapa lelaki ini masih tega mempermainkan hati wanita. Bukankah mereka sudah berjanj?.
“Ana. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Okey I admit, it was my mistake. Tapi saya cintakan awak. Bukan orang lain, hanya awak Riana.” Hazim pandang Riana yang melarikan pandangan darinya. Pasti wanita ini terluka.
“Terima kasih kerana masih cintakan saya dan sayang saya. Tapi maaf saya tak boleh terima.” Kertas biru yang berlipat dia berikan kepada lelaki yang yang terus merenungnya dari tadi. “Awak dah langgar kata janji awak sendiri. Bacalah janji awak yang kedua.”
Hazim terkedu. Tak perlu dibaca masih di ingat dengan jelas janjinya itu untuk  tidak menggoda wanita lain selain dari kekasihnya itu sendiri. “I’m sorry.” Hanya itu yang mampu terbit di bibirnya.
“Mengikut perjanjian kita bila salah seorang dari kita langgar Aku Janji ini, maka hubungan kita akan terputus.” Riana berkata perlahan. Tak sangka rupanya hubungan kali ini dikhianati.
No! Saya tak boleh terima. Saya sayang awak Ana.” Hazim memandang Riana. Cintanya terhadap gadis ini terlalu dalam. Tidak sangka sikapnya yang hanya untuk suka-suka menjadi punca perpisahan mereka.
“Orang yang memungkiri janji adalah orang munafik. Saya tak mahu kita tergolong dalam kumpulan itu. Lagipun kepercayaan saya pada awak sudah hilang. Sebaiknya kita putuskan hubungan kita setakat ini sahaja.” Melihat Hazim yang ingin mencelah katanya segera dia menyambung kata. “Saya minta maaf di atas segala kesilapan saya selama ini jika saya menguris hati awak. Saya pohon halalkan makan minum saya selama ini.” Riana terus bangun dari duduknya. Hubungan ini sudah ditamatkan. Dia sudah tidak mahu memandang ke belakang lagi.
“Ana tak pernah buat salah dengan saya pun. Saya minta maaf sebab tak jujur. Saya doakan Ana bahagia. Maafkan saya.” Hazim berkata lemah tapi Riana hanya mendiamkan diri dan terus meninggalkannya.  Dipandang kelibat gadis itu sehingga hilang dari pandanganya. Sungguh hatinya pedih. Kali pertama dia rasa sakit akibat putus cinta. Selama ini dia tidak peduli bila meninggalkan atau di tinggalkan kekasih. Hatinya terlalu kebal dengan kecewa dan patah hati. Kini baru tahu sakit ini terlalu perit dan ia berpunca dari kesilanpannya sendiri.
+++++
Khairil segera melambaikan tangan kepada Riana yang sudah menampakkan muka di balai menunggu KLIA. Bila gadis itu semakin mendekat, senyuman manis dihulurkan.
Sorry lambat. Mana yang lain?” Pandangan Riana halakan ke sekeliling. Tidak kelihatan bayang keluarga Khairil.
“ Mereka balik semula kerumah. Kak Ina tertinggal barang.” Ceria sahaja lelaki itu menjawab.
“ Hai last minute baru teringat ? Penting sangat ke?” Riana berkata gusar. Penerbangan tinggal 30 minit sahaja lagi.
“ Penting sangat. Pasport.” Khairil hanya ketawa menjawab. Macam manalah kakaknya itu boleh teringgal barang yang sangat penting. Riana juga terlihat hanya mampu menggelengkan kepala. “Sekejap lagi mereka sampai agaknya. Sebab tadi awal lagi dah perasan pasportnya tertinggal.” Khairil segera memberikan ruang kepada Riana untuk duduk di sebelahnya. “Duduk lah dulu, Khai lama lagi nak pergi.” Riana hanya tersenyum dan mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
“Khai nak tahu sesuatu tak?” Khairil hanya menganguk. Pandangan terus di halakan ke arah gadis itu.
“Masa Ria ambil keputusan putuskan hubungan kita dulu, cinta Ria masih 99% pada Khai dan hanya 1% untuk dia” Riana tersenyum dengan katanya sendiri.
“Ria putuskan hubungan hubungan kita sebab rasa tak  adil pada Khai. Khai terlalu baik untuk Ria sakiti. Sebab itu Ria undurkan diri. Tak nak seksa hati Khai lagi.” Riana pandang Khairil yang masih berdiam sejak tadi. Mungkin lelaki itu tidak percaya dengan katanya.
“Tak sangka. Khai ingatkan, dia yang Ria lebih cinta masa itu. Tapi itu semua biarlah jadi sejarah. Sekarang 99% cinta Ria itu milik siapa?” Khairil bertanya setelah lama mendiamkan diri.
“99% itu milik Allah dan 1 % untuk Ria. Selama ini Ria lupa Allah sentiasa ada untuk Ria. Dia sentiasa melimpahkan nikmat untuk Ria. Syukur Ria masih berpeluang sedar dengan kesilapan selama ini. Sekarang Ria mahu cintakan diri sendiri. Jaga diri untuk kebaikan diri sendiri.” Riana tersenyum. Betapa selama ini dia terlalu mengejar cinta manusia yang melalaikan. Tega menyakiti hati manusia dan akhirnya hatinya juga telah di sakiti.
“Baguslah Ria sedar. Cinta pada Allah itu lebih hakiki. Dulu masa Ria putuskan hubungan kita. Khai selalu meyendiri, menyangka bahawa sudah tiada serinya hidup bila cinta Ria hilang. Tapi Alhamdulillah bila Khai dekatkan diri dengan Pencipta, baru cahaya cintanya itu sampai ke hati. Masa itu, Khai tahu rupaanya perpisahan kita itulah salah satu cara Allah nak dekat Khai dekat-Nya.” Khairil berkata lembut. Memang dia bersyukur masih di anugerahkan rasa cinta ini. Cinta yang teragung untuk yang Maha Esa.
“Allah kurniakan rasa cinta-Nya kepada kita dalam bentuk yang berbeza kan. Tapi rasa cinta itu tetap sama. Kita rasa tenang dan sentiasa bahagia.” Riana menzahirkan kata cintanya.
“Betul. Jadi jagalah hati.” Khairil berkata dam membawa tangan ke dadanya. Riana tersenyum senang.
“Ria kalau nak datang UK. Khai boleh jadi pemandu pelancong. Just give me a call. I’ll be there for you.” Riana hanya mengangukkan kepalanya dengan pelawaan lelaki itu.
“Insya’Allah ada rezeki Ria sampai sana. Itu Kak Ina dengan yang lain dah sampai” Tangan segera dilambaikan apabila mereka sudah nampak dirinya dan Khairil. Pelukan terus diberikan kepada Kak Ina dan Mama Khairil, tersenyum senang mereka melihat dirinya yang sudi menghantar pemergian mereka ke UK untuk bercuti di sana. Sementara Khairil pulang semula ke UK setelah sebulan cuti belajar di Malaysia.
“Lain kali Kak Ria kena ikut sekali pergi UK tau.” Intan sibuk sahaja mengajak Riana.
“Insya’Allah kalau ada rezeki.” Mereka terus tersenyum dengan jawapan. Ya dia sangat berharap semoga dapat pergi ke negara empat musim itu. Semoga Allah memakbulkan doanya.

Tiada ulasan: