Jom Mengendap Cenderahati Comel

03 Disember, 2011

Akulah Pencinta Itu 3



Adam hanya menayangkan muka ceria kepadaku apabila aku soal keputusan PMRnya. Aku tiba ke sekolah sedikit lewat kerana hari hujan yang tidak berhenti dari malam tadi. Jadinya aku sambung semula tidur selepas solat subuh pagi tadi.
 Perasaanku semakin hebat bergelora apabila melihat pelbagai gelagat yang ditunjukkan rakan-rakanku. Sheila dengan gembira memberitahu, dia mendapat 5A tetapi Ina pula menyembunyikan keputusannya dan katanya akan memberitahu apabila aku sudah mengambil keputusan. Pening kepala aku dengan perangai mereka ini. Tanpa melenggahkan masa, aku terus mengajak Adam pergi ke pejabat sekolah untuk mendapatkan keputusan.
Setibanya aku di Pejabat Sekolah, Cikgu Aishah langsung memberikan senyuman kepadaku. “Tahniah Athiyah.” Aku sedikit terpana. Aku belum lagi mengambil keputusan tetapi beliau terlebih dahulu memberikan ucapan. “Saya belum tahu keputusan PMR saya lagi cikgu. Ini baru nak tengok.”
“Sebab cikgu dah tahu lah cikgu ucap tahniah dulu. Betul tak Adam?” Adam disebelahku juga tak henti-henti tersenyum daripada tadi. Tidak penatkah dia tersenyum pagi ini. 
“Tahniah juga untuk Adam. Cikgu bangga dengan kamu berdua, walau sibuk bercinta monyet di zaman sekolah tapi pelajaran tetap tak dilupakan.” Aku pandang ke arah Adam dan dia mengangkat bahu tanda tak tahu. Mungkin dia juga binggung seperti aku.
“Ish.. Cikgu ni, kami teman rapat sahaja lah.” Segera aku menyangkal kenyataan guruku ini. Adam di sebelahku juga mengangguk-anggukkan kepala tanda meyakinkan kata-kataku.
“Tak payah nak tipu lah. Cikgu lagi banyak makan garam dari kamu berdua.”
“Kenapa cikgu banyak makan garam? Bukan tak baik untuk kesihatan ke?” Sengaja aku melencongkan perhatian Cikgu Aishah. Bukan boleh dibiarkan Cikgu Aishah ini. Takut semakin banyak pula dia mengarut.
“Pandai awak putar belitkan soalan Tiya. Tak apa lah kalau tak nak mengaku sekarang. Saya selaku guru kamu, sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid saya. Saya pergi dulu.” Sebelum Cikgu Aishah berlalu, sempat aku hulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Tangannya aku cium lembut sebagai tanda hormat.
Aku lihat Adam sudah berdiri tegak seolah-olah menyanyikan lagu Negaraku dengan dahi yang berkerut. Sedang fikirkan apa lah budak ini.
“Hai mengelamun dah sampai mana?” Adam yang terkejut dengan sergahanku terloncat sedikit. Kemudian dia mengurut dadanya perlahan.
“Ish.. kau ni buat orang terkejut pula. Nasib baik tak gugur jantung. Aku tengah fikir kata-kata Cikgu Aishah tadi.”
“Kau fikir apa?” Kritikal juga cara Adam ini berfikir sampai begitu sekali gayanya. Seperti memikirkan masalah negara. 
“Hmm..”
“Apa? ”
“Tiya. Tapi tak salah kan kalau kita bercinta?” Aku terkejut dengan soalan Adam. Sungguh aku tak percaya dengan kata-kata yang terbit dari bibirnya. Rupanya dia masih memikirkan kata-kata Cikgu Aishah tadi. Aku tersenyum simpul dengan perangai Adam. Selalu memikirkan perkara yang tidak mungkin berlaku.
“Memang salah, sebab kita kan sekolah lagi. Cita-cita lebih penting dari cinta buat masa ini. Do you Understand?” Mata aku jengilkan kepadanya sebagai tanda amaran.
Yes!” Dua jari di angkat dan di tandakan kepadaku dan perkataan relax disebut. Memang itu lah trademark dia setiap kali aku membuat muka garang kepadanya. Bila dia sudah membuat muka ceria aku terus pergi mendapatkan kerani sekolah yang bertugas untuk menyerahkan keputusan PMR aku. Tidak boleh bersabar lagi untuk meliha keputusan PMR!
Sebaik sahaja slip keputusan sampai ke tanganku, mataku rakus meneliti gred yang aku perolehi untuk semua subjek. Oh tak mungkin! Aku terkelu apabila mendapati semua subjek pelajaran diperolehi dengan gred yang sama. Aku pandang Adam dan dia tetap memberikan senyuman kepadaku. Aku hilang kata. Straight A. That’s mean 8 A! Alhamdulillah.
“Tahniah Tiya.” Ah.. bahagianya mendengar ucapan ini. Ini semua di luar dari dugaanku.
“Aku tak sangka dapat A untuk Maths. Terima kasih Adam sudi ajar aku selama ini.”
“Kau berjaya sebab kau rajin berusaha. Aku tolong kau sikit saja.Usaha kan tangga kejayaan” Aku tahu Adam merendah diri denganku. Selama ini aku belajar dengan tekun berkat dari kesungguhannya mengajarku.
“Kau dapat apa Adam?” soalanku di jawab dengan huluran Adam kepadaku. Kali ini memang tepat dengan jangkaanku. Adam juga turut memperolehi keputusan yang sama denganku. “Tahniah Adam.”
Best kan dapat result yang sama”  Hanya angukan saja sudah memberikan tanda bahawa aku sangat bersetuju dengan kata-kata Adam.
“Jom turun jumpa budak ni semua. Mesti mereka tak percaya aku dapat 8A” Aku ajak Adam bersemangat.
“Memang dia orang tadi tak percaya kau dapat 8 A pun”. Aku pandang Adam tajam. Apa maksud dia dengan ‘tadi’?
“Tadi? Aku baru ambil result kan. Macam mana dia orang  tahu awal daripada aku?”
“Itulah siapa suruh datang lambat.” Adam pamer muka berlagak. Benci pula aku lihat.
“Hujan lah. Baik kau cakap betul-betul?” Lengan Adam aku ketam kuat. Suka main-mainkan aku.
“Adui sakitlah. Kau ni sejak bila jadi Mak Ketam?” Adam menjengilkan matanya sambil jemarinya sibuk mengosok lengan.
“Sejak aku dapat 8A” Aku jawab selamba.
“ Amboi berlagak.”
“Mestilah.” Muka berlagak aku tunjukkan kepadanya.
“Aku pun dapat lah.” Dia jawab dengan berlagak juga
Meh sini aku tunjuk kau sesuatu.” Aku hanya mengikut jejak Adam ke papan penyataan di koridor bilik guru.
“Tengok ini”  Mata segera melihat tulisan yang tercatat di kertas berwarna putih di papan kenyataan yang ditunjukkan Adam. Jelas kelihatan perkataan ‘SENARAI PELAJAR CEMERLANG PMR TAHUN 2002’  di situ. Lebih mengejutkan lagi namaku berada di dalam senarai itu dan 7 orang rakan yang lain. Bermakna rakan-rakan aku yang lain tentu sudah membaca catatan ini. Patutlah ramai yang mengucapkan tahniah tadi.
Okey, puas hati sayang?” Mesti Adam ingin menyindirku. Aku melihat wajahnya yang masam mencuka.
Sorry sayang.” Aku kehilangan kata apabila Adam terus meninggalkan aku terkulat di koridor bilik guru. Langkah aku pantaskan untuk menyaingi langkahnya. Lengan bajunya aku tarik sedikit tapi Adam tetap membuat meneruskan langkah.
Sorry lah. Aku janji malam ini aku belanja kau.” Aku cuba saingi langkahnya yang besar.
“Memang kau kena belanja aku pun.” Adam berpaling dan berdiri disebelahku.
“Kenapa pula?” Tadi bukan main merajuk sampai mogok tak mahu bercakap sekarang meminta belanja makan pula. Sekejapnya mood dia berubah.
“Sebab aku pelajar cemerlang tahun ni.” Adam senyu tampan.
“Betul ni?”
“Betul lah.” Dia senyum sekali lagi.
 Aku memang tidak hairan bila Adam menjadi pelajar cemerlang sekolah. Memang Adam layak mendapat anugerah itu sebab walaupun dia banyak terlibat dengan aktiviti sekolah, dia tetap mengutamakan pelajara. Tapi paling tiddak mengujakan apabila aku amati senyuman Adam yang sedikit sumbing, aku mula dapat kenal pasti riak wajahnya itu. Oh berlagaknya kawan aku ini.
“Eee.. berlagak.”
“Biarlah.” Kemudian ketawa ceria Adam terletus apabila dia mula dapat menangkap gerakku yang mahu mengetam lengannya sekali lagi. Pandai pula dia meneka niatku kali ini.

Tiada ulasan: