Buku teks Kemahiran Hidup aku tutup
perlahan. Tamatlah sudah sesi mengulangkaji pelajaran untuk jam pertama ini.
Jam dimeja menunjukkan jam 9.00 malam. Masa untuk makan! Walaupun aku tahu
makan malam selepas jam 6 petang tidak di sesuai untuk diet seimbang tapi ini
sudah menjadi kebiasaan padaku. Sukar untuk aku tinggalkan tabiat ini
terutamaya jika aku mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perutku akan
menyanyikan lagu rock kapak jika aku
tidak makan malam.
Aku senyum pada ibu yang duduk dimeja
makan sambil menuangkan air sirap ke dalam cawan. Itulah rutinnya setiap hari,
setia menemaniku menikmati hidangan.
"Ayah tak makan sekali? "
Aku menyapa ibu apabila kehadiran ayah tiada di ruangan makan. Aku lihat di ruang tamu juga tiada ayah di
situ.
"Ayah makan dekat luar,
kebetulan jumpa kawan lama dia masa di surau tadi." aku hanya menganguk
sambil tangan menyeduk ayam masak cili padi ke pingganku.
"Nah makan sayur ni
banyak-banyak. Baik untuk kesihatan.” Aku pandang lemah apabila ibu meletakkan
sayur sawi di dalam pingganku.
"Dah tak payah buat muka tak
ada selera tu. Suruh makan sayur saja pun dah macam orang kena tinggal pakwe." Ibu mengomel dengan mula
tidak puas hatiku.
Masakan aku tak membuat muka. Ibu
tahu aku tidak mengemari sayur-sayuran hijau tapi tetap dipaksa aku
menerimanya. Huh sangat tak suka!
"Apa kata ibu yang wakilkan
makan sayur untuk Tiya. Makan sayur kan baik untuk kesihatan." Laju sahaja
tangan ku ingin meletakkan sayurku ke pinggan ibu. Tapi lagi pantas tanganku di
jentik ibu. “Auch..” Sakitnya tuhan saja yang tahu. Perit.
"Hai makan saja lah. Bukan
mati pun makan sayur, lagi sihat adalah. Macam-macam perangai lah budak
ini." Aku sekali lagi cuba membuat muka kesian tapi ibu memberikan pula
jelingan kepadaku.
"Ya lah Tiya makan"
Terseksanya aku rasakan nak habiskan makan malam hari ini.
"Ibu nampak ada kain warna
merah jambu dekat almari Tiya masa masukkan baju pagi tadi. Ibu tak pernah
nampak pun? Ibu rasa tak pernah belikan kain macam tu." Ibu kata sambil
tangan menuangkan air lagi ke cawanku.
Aku segera teringat hadiah dari
Adam. Mesti kain pasang pemberian Adam itu yang ibu maksudkan. Terlupa pula aku
mahu memberitahu Ibu perihal kain itu.
"Kain tu Adam yang beri , dia
kata untuk eksperimen pertama Tiya buat baju kurung"
"Tiya nak buat baju kurung
sendiri ke? kenapa tak beritahu Ibu? ibu boleh tolong ajarkan." Ibu aku
memang pandai menjahit aku sendiri juga. Tapi entah mengapa aku tak pernah
suarakan niat aku kepadanya. Mungkin kerana selalu terlupa.
"Dah lama teringin tapi asyik
terlupa saja ibu, hari tu masa jalan dekat Jalan Tun Abdul Rahman nampak baju
cantik-cantik, itu yang cakap teringin nak buat baju kurung sendiri. Tiya tak
sangka pula Adam belikan kain dengan buku jahitan untuk Tiya.” Aku terus
meratah ayam dengan berselera. Kemudian aku mengambil air pula kerana kepedasan
yang sudah mula terasa.
"Adam tu ingat mesti ingat
semua benda yang Tiya cakap kan. Adam pun dah lama tak datang sini. Dulu dia
selalu datang study dengan Tiya. Adam
macam mana sekarang?
"Dah baik sikit lah nampaknya,
daripada dulu macam duduk dalam alam sendiri saja." Aku sememangnya
sentiasa mendoakan kesejahteraan Adam.
"Tiya pun kena selalu ada di
sisi dia. Kuatkan semangat dia. Itulah sifat sahabat sejati"
"Insya'allah ibu."
****
Setelah 30 minit aku merehatkan
diri dengan makan malam dan berbual ringgan dengan ibu, aku lanjutkan kembali
ulangkaji kepada matapelajaran Matematik pula. Matapelajaran ini sangat lemah
untuk aku kuasai. Selalu Adam lah yang akan menjadi sifu ku. Aku tersenyum nipis
bila lemparan buku latihanku sampai di muka surat 98. Origami burung dari
kertas berwarna hijau lembut aku tatap dengan penuh minat. Ini pemberiam Adam
semasa dia mengajar aku petang semalam. Segera ingatan semalam menjelma
kembali.
“Nah.” Terpelanting pensil yang aku
pegang bila ketekunanku tergangu.
“Apa ni? Walau aku tahu itu origami
burung, tapi aku pelik kenapa tiba-tiba dia memberikan origami kepadaku. “Ini
burung, comel kan dia terbang-terbang riang” Adam ketawa sambil menerbangkan
burung origaminya itu. Tak ubah seperti kanak-kanak riang.
“Nama burung ini apa?”
“Double A” Pantas sahaja dia menjawab.
“Itu kan nama kertas buat origami
ni. Ish.. kau ni aku tanya lain jawab lain.
“Betul lah. Nama dia Double A, stand for Adam and Athiyah. Aku buat khas untuk kau.” Adam berik
origami yang dia bentuk kepadaku. Aku terima origami Adam dengan senang hati.
Sungguh kemas lipatan yang di buat.
Telek punya telek aku perasan ada sebaris ayat di belakang lipatan origami.
“Kita Berdua” aku angkat kening
tanda pelik. “Apa maksud kita berdua ni?” Aku pandang Adam lama
“Kita berdualah” Dia jawab
bersahaja.
“Adam jangan lah main-main”
“Kita berdua. Double A. Adam dan Athiyah selamanya.” Adam ada sahaja jawapannya.
“Kalau macam tu, aku pun kena buat
satu untuk kau. Tolong ajarkan aku buat boleh?” Adam mengangguk tanda setuju
mengajar aku membuat origami.
Aku keluarkan kertas merah jambu
sebagai hadiah origami untuknya dan kertas putih sebagai bahan pengajarannya.
“Kenapa warna pink pula. Kau kan tahu aku tak suka.” Baru sahaja dia mahu mengambil
kertas warna merah jambu itu, aku segera menyorokkan dibelakangku.
“Biar lah. Kau kena suka apa yang
aku suka.”
“Tak adil. Tak naklah ajar kau
macam ni.” Adam sudah menunjukkan muka masam
“Kalau kau tak nak ajar, aku
merajuk.” Aku sengaja membuat muka kepadanya. Aku tahu dia akan kalah dengan
kehendakku. Adam kelihatan semakin mencuka pula. Semakin lucu bila dia menarik
muncung panjang.
“Patutnya aku yang merajuk tapi
sekarang dah terbalik pula. Cepatlah aku ajarkan.” Seperti yang aku jangka dia
pasti kalah dengan kemahuanku.
Ternyata Adam memang seorang
pengajar yang berbakat. Tidak sampai sepuluh minit aku sudah berjaya
menghasilkan satu origami berbentuk burung. Tersenyum lebar aku lihat hasil
usahaku. Segera aku tulis perkataan “Kita berdua” di belakang lipatan, Seperti
origami yang diberikan kepadaku tadi, aku tambahkan juga nama burung origami
kami “Double A”.
“Kau kene jaga origami ini macam
kau jaga aku tau.” Aku serahkan origami hasil tanganku kepadanya.
Walau muka Adam masih masam semasa
menerima origami burung berwarna merah jambu dari tanganku dia tetap menjawab “Okay”.
Aku ketawa besar dengan perangai
pak turutnya itu. So sweet lah kau
Adam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan