“Bahagiakan
hidup kalau sentiasa manis macam epal ni.”
Aishah
berhenti mengunyah.
“Bahagia
hidup kau akan manis macam epal ni kalau hidup kau tak penuh dengan dendam.”
Aishah berkata sambil memandang mata bening Puteri. Matanya masih ternampak
bayang dendam.
“Aku
tak kan berdendam kalau tak ada orang yang zalimi aku.” Puteri berkata tegas
sambil melihat siaran TV3.
“
Kita manusia biasa tak sempurna, tak akan terlepas dari buat kesilapan. Hanya
Nabi dan Rasul sahaja yang sempurna.”
Puteri
terdiam. Dia telan liur. Terasa kelat.
“Nabi
pun maafkan umat, inikan kita manusia biasa.” Aishah menyambung kata lagi.
“Tapi
aku bukan Nabi yang ada hati mulia seperti itu. Aku manusia yang tak boleh lupa
kejahatan orang kepada aku.” Segera sahaja Puteri menjawab. Pandangan berapi diberikan.
“Memang
hati kita tak mulia seperti Baginda tapi tak salah kalau kita cuba contohi
sifatnya. Sifat Rasulullah yang terpuji tak salah untuk kita ikuti.” Aishah
berkata perlahan. Buah epal yang masih berbaki di letakkan di atas meja.
“Dendam
ini hanya jadi penyakit hati kepada manusia. Buanglah perasaan tu. Kau pasti
akan rasa bahagia macam makan epal ni juga.” Aishah ambil satu lagi epal didalam
raga dan dihulurkan kepada Puteri.
Puteri
mengeluh berat. Epal itu di biarkan tak bersambut. “Aku tak suka makan epal.”
“
Sebab?”
“Epal
buah kegeramaran lelaki tu.” Puteri jawab keras. Remote dicapai dan dimatikan terus siaran televisyen. Mood untuk
menonton telah hilang.
“Lelaki itu ada nama Puteri.” Aisah
mengelengkan kepala.Perempuan ini hatinya sekeras kerikil.
“Memang.
Tapi nama dia tak layak langsung untuk aku sebut.” Puteri terus bangun dari
duduk. Setiap kali perihal epal dan lelaki itu dibangkitkan, hatinya pasti
sakit!
+++++
“Puteri.” Puteri tetap teruskan
langkah. Malah rentak kakinya turut dilajukan.
“Puteri.” Kali ini terasa tangannya
di sambar lembut.
“Lepaskan.” Puteri matikan langkah
dan matanya merenung lelaki itu tajam.
“Saya tak akan lepaskan selagi
Puteri tak maafkan saya.” Haris terus memegang tangan Puteri. Bersusah payah
dia mencari gadis ini. Tak akan dilepaskan dengan mudah kali ini.
“Kau rasa layak ke untuk di
maafkan?” Puteri bertanya dengan pandangan yang semakin menikam. Haris terdiam.
Tahu salahnya memang terlalu besar.
“Kalau kau sendiri tak dapat jawab,
jangan pernah minta aku maafkan kau.” Tangannya yang masih dalam pegangan Haris
ditarik kasar.
Langkah
diteruskan menghampiri kereta. Tak sangka pertemuan yang Aishah katakan pagi
tadi hanya untuk menambah lukanya yang masih berdarah. Sungguh tak sangka dia
di pertemukan dengan lelaki durjana ini.
“Puteri kita perlu berbincang.
Berikan saya peluang untuk tebus dosa saya yang lalu.” Haris menjerit dan
berlari mengejar langkah Puteri.
“Dosa kau pada aku terlalu besar dan
tak akan boleh ditebus langsung. Kau dah musnahkan hidup aku sampai aku hilang
segalanya. Tak mungkin aku dapat maafkan kau Haris!” Puteri menjerit kuat.
Marahnya sudah berada di tahap kemuncak.
“Memang salah saya. Tapi sekarang
saya dah sedar. Tolonglah maafkan saya.”
Melihat Puteri yang ingin membuka pintu kereta dia terus menyandarkan
diri dipintu tersebut. Di pandang wajah gadis yang semakin berapi itu.
“Salah kau terlalu banyak. Disebabkan
kau, aku hilang maruah, aku hilang keluarga dan aku hilang diri aku sendiri.
Aku dah tak boleh teruskana hidup macam biasa. Kau buat hidup aku macam
sampah.” Puteri mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir.
Haris mendiamkan diri dengan semua
amarah Puteri kerana dia tahu salahnya memang banyak.
“Kenapa kau buat aku macam tu?” Puteri
bertanya lelaki yang telah menjahanamkan dirinya. Selama ini dia sering
tertanya mengapa dirinya dulu diperlaku seperti binatang.
“Saya minta maaf. Semua ni memang
salah saya. Saya rasa tercabar bila Puteri selalu buat saya macam terlalu
tergila-gilakan Puteri. Setiap kali saya tegur Puteri, Puteri akan senyum
seperti dipaksa sahaja dan tak pernah nak layan perlawaan saya.” Haris menyelak
rambutnya kasar bagi menutup gugup. Pekung yang tersimpan di dadanya selama ini
perlu di rungkai.
“Malam itu saya tipu Aishah, saya
kata awak perlu datang discussion.
Saya suruh dia sampaikan berita discussion
kita yang perlu di buat di dewan. Sepanjang perjalanan, saya ikut awak dari
belakang. Malam itu saya terlalu ikutkan hati sampai cederakan awak untuk bawak
awak masuk hotel. Masa tu saya hanya nak tunjukkan yang saya mampu miliki awak
walaupun awak terlalu sombong dan bongkak terhadap saya.” Haris menarik nafas
berat apabila sedu Puteri mula kedegaraan. Pasti peristiwa malam lima tahun
lalu terimbau kembali.
“Lepas malam tu, awak langsung tak
nak tengok muka saya. Kalau sebelum itu senyum nipis pun awak boleh hulurkan. Tapi
lepas kejadiam malam tu, pandang muka saya pun awak tak sudi. Walaupun hati
saya puas tapi ia sebenarnya pedih bila reaksi yang awak beri tak sama dengan
apa yang saya harapkan. Saya harap awak akan merayu-rayu minta saya
bertanggungjawab tapi awak diam saja macam tak ada apa-apa yang berlaku sampailah
dua bulan lepas kejadian tu. ” Haris pandang kenderaan yang lalu lalang.
Hatinya juga celaru seperti lalu lintas didepannya ini.
“Dua bulan lepas tu, aku datang pada
kau. Aku kata yang aku mengandungkan zuriat yang kau cambahkan tanpa rela. Tapi
kau kata itu bukan anak kau. Kau tinggalkan aku dalam hujan lebat seorang diri.
Bersusah payah aku datang nak jumpa kau dengan bawa diri yang tak berdaya
mengandungkan zuriat kau tapi kau buat aku macam sampah.” Puteri kesat air mata
yang masih tak mahu berhenti dari tadi. Puas dikesat dan ditahan tapi air
matanya tetap mengalir seperti lukanya yang tetap berdarah sehingga hari ini.
“Balik rumah, Mama tahu pasal
kandungan aku. Dia menanggis tanpa tanpa henti. Ayah pula tiba-tiba rebah sebab
anak perempuan tunggal dia tak pandai menjaga diri. Ayah aku meninggal dalam
keadaan marah. Mama pula terus menyalahkan aku tanpa henti sebab aku sudah
menconteng arang pada mereka. Aku hilang arah. Tak ada siapa sudi kutip aku
yang kotor ni. Aku menanggung beban di atas dosa orang lain” Haris meraup
rambutnya kasar dengan kata wanita di hadapannya itu. Salah dia terlalu besar, menyebabkan
hidup Puteri musnah.
“Aku teruskan hidup dengan penuh
penderitaan. Orang mengeji perut memboyot tanpa kehadiran seorang bapa. Mujur
ada Aishah yang sudi membantu selama enam bulan kandungan aku bernyawa.” Suara
Puteri semakin bergetar. Hatinya terasa mahu meletup menanggung bebanan
perasaan yang terlalu berat.
“Bila
aku terjatuh semasa ambil air sembahyang, hati aku bagaikan sudah terhempas
berderai. Zuriat yang dikandung pergi dikala aku sudah rasa tendangannya, dikala
aku sudah rasa denyut nadinya dan dikala aku sudah berani hidup sebagai ibu
tunggal. Hidup aku kelam. Aku hilang maruah, keluarga dan anak sekaligus
semuanya disebabkan kau Haris. Nama kau sungguh indah, pelindung. Tapi nama itu
yang memusnahkan hidup aku ini.” Puteri pandang Haris yang mendiamkan diri
sejak tadi. Biarlah lelaki ini tahu peritnya dia menanggung derita akibat
perbuatan lelaki ini. Perbuatan syaitan lelaki ini telah menghancur lumatkan
hatinya.
“Kau rasa kau layak ke untuk dimaafkan?”
Puteri tersenyum sinis dalam sendu bila lelaki itu mengelengkan kepala sebagai
jawapan pertanyaannya.
“Izinkan saya bertanggungjawab.”
Haris berkata tiba-tiba.
“Tak ada apa yang perlu ditanggungjawabkan.
Ia tak dapat kembalikan nikmat yang telah hilang.” Puteri ketawa mengejek.
“Please
Puteri. Saya tahu saya salah. Izinkan saya peristerikan awak.” Haris berkata
yakin. Dia cuba melawan pandangan berapi Puteri. Tapi ternyata api itu terlalu
marak untuk di padamkan.
“Aku tak perlukan semua tu. Kalau
lima tahun dulu kau sedar dengan kesilapankan tu mungkin aku masih boleh
terima. Tapi sekarang tak mungkin.
Lagipun anak kau dah tak ada.” Puteri tolak lelaki itu kuat dan terus membuka
pintu keretanya. Sememangnya masanya hari ini dibuang dengan sia-sia.
++++
Sampai
sahaja di rumah wajah Aishah terus dicari. Bilik wanita itu terus dimasuki
tanpa
salam.
“Kenapa
kau tipu aku?” Puteri bertanya kasar.
“Aku
tak tipu kau. Aku dah cakap kawan lama kita nak jumpa kau.” Aishah menjawab
tenang.
“Dia
bukan kawan lama aku. Dia pemusnah hidup aku.” Puteri membentak kasar.
“Aku
tahu kau pernah terluka. Malah aku akui yang silap Haris cukup besar dan tak
mudah untuk dimaafkan dalam sekelip mata. Tapi kalau kau masih simpan dendam tu
selamanya, hidup kau akan terseksa.” Aishah menarik Puteri duduk di katilnya.
“Hidup
aku dah cukup terseksa disebabkan dia. Sekarang dia datang menagih kata maaf
dan tanpa segan silu mahu aku jadi isterinya. Aku bukan wanita yang boleh ditolak
dan di ambil kembali sesuka hati.” Puteri berkata lemah sambil duduk di sebelah
kawannya itu. Sungguh dia tak faham dengan lelaki itu. Setelah dia sudah
berjaya mengharungi hidup yang penuh dengan kegelapan, mengapa lelaki itu
hadir.
“Aku
tahu kau wanita yang kuat Puteri, dulu masa kau balik dengan wajah yang kusut
masai, dalam menanggis kau masih boleh bangun teruskan hidup, Ayah kau
meninggal tapi kau tetap di sisi Mama kau, walau dicaci dengan penuh kehinaan.
Kau belai anak di dalam rahim kau setiap hari walau jelas bapanya telah dah
musnahkan hidup kau. Tapi sekarang hidup kau dah bertambah baik. Mama dah boleh
terima kau balik, kau dah berjaya habiskan ijazah yang tertangguh dan sudah
dapat kerja yang halal. Tak salah kau cuba kikis kenanganan dulu.” Aishah
memaut tubuh kecil Puteri yang mendiam.
“Aku
tak minta untuk kau terima dia. Tapi cuba untuk lupakan peristiwa dulu. Jangan
fikirkan lagi perkara dahulu. Macam itu baru kau boleh padamkan api marah kau
sedikit demi sedikit. Tak guna menyimpan dendam Puteri. Hanya memakan diri kau
sendiri.”
“Aku
tak boleh.” Puteri mengelengkan kepala laju. Tak mungkin untuk dia berbuat
demikian.
“Aku
yakin kau boleh. Kau solat, minta pada Allah beri kekuatan untuk kau lupakan
kisah dulu. Insya’Allah, Dia akan makbulkan doa kau. Doa kemaafan untuk
manusia. Besar pahalanya Puteri.” Aishah eratkan pelukan untuk Puteri. Jelas muka Puteri yang penuh dengan
segala kekusutan.
Malam
itu, Puteri dan Aishah habiskan masa bersama di dalam bilik. Mereka
bersama-sama membaca Yassin dan bersolat hajat. Semua doa yang di pohon adalah untuk
kebahagian Puteri. Kemaafan untuk lelaki yang bernama Haris.
Air
matanya mengalir deras sepanjang bacaan Yassin untuk arwah ayah dan anaknya.
Segala peristiwa lima tahun dahulu terimbau dihadapan matanya. Sungguh dia
rindukan mereka berdua.
“Aku
nak sambung dengan solat istikarah. Nak minta ketenangan dan petunjuk Allah.”
Puteri berkata lembut saat Aishah mengajaknya tidur.
“Buat
dengan hati yang ikhlas. Yakinlah Allah sentiasa ada untuk kita. Aku masuk
tidur dulu.” Aishah memeluk Puteri dan bangun dari duduknya. Dia pasti Puteri
pasti akan dapat hapuskan dendammya dulu.
Puteri berteleku. Benar kata Aishah,
bila dia memohon kepada Allah, hatinya kini mulai tenang. Air mata yang
mengalir sepanjang bacaan Yassin tadi seolah membawa bersama luka yang ada.
Hatinya seolah bersih dari sebarang luka. Benar, kemaafan adalah hadiah yang terindah.
Walaupun parut dendam itu masih ada, tapi dia sudah mecuba untuk memaafkan. Puteri
bangun dan dibetulkan kedudukakn telekung di tubuhnya. Ini solat sunatnya yang
terakhir untuk malam ini.
+++++
Daripada
jauh sudah terlihat kelibat manusia yang duduk bersila di hadapan pusara arwah anaknya.
Dia kenal tubuh itu. Bapa kepada anaknya. Diperhatikan sahaja lelaki itu dari
jauh. Bahu lelaki itu terhinjut-hinjut dengan bacaan Yassin yang
tersekat-sekat. Habis bacaan Yassin lelaki itu membatukan diri lama.
“Kalau
Ayah berfikir panjang waktu dulu, pasti kita semua dah hidup bahagia. Ada orang
beritahu, anak Ayah ni lelaki. Pasti wajah anak Ayah kacak macam Ayah juga.” Puteri
tersenyum duka mendengar keluhan lelaki itu.
“Ayah
sememangnya lelaki paling bodoh yang abaikan kurniaan tuhan. Maafkan Ayah
sayang. Ayah terlalu berdosa kepada Ibu dan kamu.” Air mata Haris tumpah lagi.
“Kami
dah maafkan awak.”
Haris
terus sahaja mencari suara Puteri yang menjengah ke telinganya. Wanita itu
berdiri tegak di belakangnya. Raut wajahnya tenang.
“Tak
guna simpan dendam. Hanya membuatkan hati kita resah dan bercelaru. Saya dah
maafkan awak.” Puteri mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Nisan arwah anaknya
di usap lembut. Anak tenanglah engkau disana.
+++++
“Abang. Banyak ruang kan. Kenapa
sibuk nak baring dekat sini juga?” Puteri mengomel tapi tanganya tidak pula menolak
kepala yang singgah diribanya.
“ Saja nak manja-manja dengan Sayang.
Nak?” Haris tunjukkan epal yang sudah digigit sedikit. Isterinya itu mengeleng.
Tak sangka lamarannya semasa
dipusara arwah anaknya dulu diterima. Tak tahu apa yang menyebabkan wanita itu
bersetuju tapi dialah lelaki yang paling bahagia ketika itu. Mereka bernikah
dalam suasana yang sederhana sahaja di atas permintaan isterinya itu. Walau pada
mulanya Mama Puteri menerimanya dengan layanan yang kurang mesra dan penuh
dengan kata sindiran tapi dia tahu yang Mama Puteri mahu dia sedar dengan
kesilapan lalu.
“Kenapa Abang suka makan epal?”
Puteri megusap lembut anak rambut suaminya. Sudah sedikit panjang.
“Epal ni banyak manfaatnya. Boleh dijadikan
diet seimbang dalam kehidupan.” Haris mengigit lagi epal di tangannya.
“Contohnya?” Puteri bertanya.
“Epal merah ni buahan serat yang
mengandungi banyak air. Epal boleh menstabilkan tekanan darah, kurangkan
kolestrol dalam darah dan membantu menghalang karies gigi.” Di akhir kata Haris
menayangkan gigi putih kepada isterinya. Tergelak kecil Puteri dengan aksi
manja suaminya. Ada sahaja lawaknya.
“Gaya abang bercakap dah macam
doktor. Tak ada rupa macam pegawai bank.” Haris ketawa dengan ulasan isterinya.
“Abang tahu ini semua, sebab
sayang.” Haris memandang isterinya dengan penuh kasih.
“ Saya? Kenapa pula? Tak ada kaitan
lah.” Puteri mengangkat kening.
“ Sebab, dulu Abang tengok Sayang
sentiasa berkepit dengan buku. Puteri lebih suka baca buku dari layan Abang.
Dari situ minat untuk membaca pun timbul.” Puteri terdiam. Tak sangka begitu
sekali suaminya memerhatikan dia .
“Sebenarnya ada satu kisah epal yang
sama dengan Sayang. Bila abang baca kisah ini, baru abang tahu Sayanglah epal
abang.” Haris mengambil jejari Puteri dan dikucupnya lembut.
“Puteri ni epal Abang?” Puteri
ketawa kecil tapi Haris menganggukkan kepala dengan soalan isterinya.
“Epal
yang macam mana?” Dia bertanya lagi kepada suaminya.
“Wanita itu ibarat sebiji epal. Epal
yang tidak baik teramat mudah untuk dipetik dan dinikmati. Malah kadang kala
epal itu boleh dikutip di atas tanah sahaja. Tapi epal yang baik dan
berkualiti, tak mampu dipetik dan disentuh dengan sesuka hati kerana ia berada
di puncak yang tinggi. Epal baik itu sebenarnya ditakdirkan Allah berada di
sana khusus untuk lelaki yang layak dan berani sahaja. Mereka yang benar-benar
berani dan beriman sahaja yang akan berjaya memetik epal di puncak. Maka
yakinlah seandainya ia tidak dipetik di dunia ini, mugkin jodoh menantinya di
syurga nanti.” Haris pandang Puteri yang mendiam. Tanganya pantas menyeka air
mata dari terus membahasi pipi mulus isterinya.
“Lepas
Abang baca ayat ini, baru Abang tersedar. Abanglah lelaki yang paling pengecut
kerana mengambil epal terbaik dalam hidup ini dengan cara yang paling keji.
Abang jadi faham kenapa Sayang tak pernah nak melayan Abang dengan mesra.
Sayang buat macam tu sebab mahu jaga kemuliaan diri sebagai seorang wanita.
Sayang tak mahu bercakap dengan lelaki sebab mahu bermesra dengan suami sahaja.
Puteri tak bertepuk tampar dengan lelaki lain sebab mahu bermanja dengan suami
sahaja.” Mendengar sedu isterinya Haris terus bangun dari baringnya dan dipeluk
isterinya erat.
“Syukur,
Abang masih berpeluang dapat epal cinta kesayangan Abang ini. Kali ini Abang
tak akan persiakan Sayang. Abang nak jadi Imam dan Ayah yang terbaik untuk
keluarga kita.” Puteri hanya mengangguk dalam pelukan suaminya. Sungguh dia
hilang kata-kata dengan kata jujur suaminya hari ini.
Ternyata
keputusannya menerima lelaki ini dalam hidupnya tidak silap. Masih dia ingat
doa dalam solat istikarah yang dibuat dua tahun lepas. Dia mahukan ketenangan
dalam hidp dan melupakan kisah lalu. Dia juga sempat berdoa semoga dapat
berjumpa dengan orang yang boleh menerima dirinya seadanya.
Hatinya
benar-benar tersentuh melihat Haris yang menanggis keinsafan. Lantas sahaja dia
mengangguk perlahan pabila lelaki itu sekali lagi menyuntingnya sebagai seorang
isteri. Tapi yang pasti, dia terima lelaki itu bukan kerana cinta. Kuasa Tuhan
sungguh tiada tangdingnya, daripada benci kini suaminya ini antara orang yang
dicintai. Syukur Alhamdulillah.
“Terima
kasih sudi maafkan dan terima Abang dalam hidup ini.” Haris merungkaikan
pelukan. Dipandang wajah isterinya yang sudah tersenyum.
“Kasih
diterima.” Puteri menjawab ikhlas.
“Nah.
Epal cinta untuk Puteri.” Haris hulurkan epal yang enak dimakannya tadi.
Isterinya mengambil epal itu dan digigit sedikit di atas kesan gigitan
suaminya. Kemudian bibirnya singgah ke pipi kanan suaminya. Tersenyum senang
lelaki itu dengan hadiah yang diterima.
Sunnah
Rasulullah, suami isteri elok berkongsi makanan bagi mengeratkan hubungan yang
terjalin. Semoga hubungannya ini akan berada di landasan yang di redhai Allah.
Kandungan yang sudah berusia lima bulan di usapnya lembut. Semoga bayi ini akan
menjadi muslimat bertaqwa yang akan membanggakan dirinya dan Haris.
3 ulasan:
best! :)
Thanks... Tak sangka ada orang yang suka cerita kelam kabut ni... :)
Tahniah untuk sebuah cerpen yang menarik.
Terima kasih sudi mengambil bahagian dalam peraduan ini. (^_^)
Catat Ulasan